Pengaruh Luar Dalam Kebudayaan Melayu ( Nota Ringkas BMM3113 )


FAHAMAN ASAL MASYARAKAT MELAYU
  • Asalnya à Animisme (percaya akan kuasa ghaib)
  • Pelbagai nama diberikan kepada kuasa luar biasa, antaranya penunggu, hantu, jembalang, dan sebagainya.
  • Percaya bahawa tempat-tempat tertentu seperti di dalam hutan, di tengah laut, di gunung, terdapat penunggu yang perlu dihormati
  • Punca sesuatu penyakit disebabkan tersampuk, saka, terkena buatan orang  dan sebagainya.
  • Penggunaan tangkal, mantera dan tindakan melalui upacara tertentu, menyemah dan sebagainya.
  • Bagi mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku ketika mengunjungi tempat-tempat yang dipercayai berpenunggu, seperti hutan,
  • Mereka menggunakan ungkapan tertentu contohnya,  “Tabik Tok Nenek, cucu nak lalu’ bagi memujuk penunggu di hutan tersebut agar tidak mengapa-apakan mereka.

PENGARUH HINDU
  • Pengaruh Hindu masuk ke alam Melayu yang dibawa oleh pedagang.
  • Kepercayaan Hindu jadi cara hidup masyarakat.
  • Penyerapan amalan Hindu à majlis perkahwinan Contoh : menepung tawar
  • bersiram di pancapersada
  • bersanding
  • Upacara melenggang perut
  • Untuk tahu jantina anak
  •  Buah kelapa akan diletakkan di atas perut ibu, dan selepas itu kelapa itu dibiarkan jatuh.
  • Sekiranya jatuh ke kiri ibu itu dikatakan akan melahirkan anak lelaki
  • sekiranya jatuh ke kanan akan melahirkan anak perempuan.
  • Banyak kosa kata Sanskrit yang dibawa oleh Hindu diserapkan dalam bahasa Melayu.
  • Hal ini menjadikan kosa kata bahasa
  • Melayu lebih luas.
  • Hindu juga membawa sastera lisan mereka.
  • Cerita penglipur lara merupakan cerita lisan yang popular dan berkembang khususnya dalam kalangan istana.
  • Pengaruh Hindu juga terdapat dalam kesenian Melayu.
  • àMotif-motif yang berlambangkan haiwan seperti gajah, ular dan sebagainya terdapat dalam seni ukiran yang menghiasi rumah dan barang-barang perhiasan.
  • Muzik tradisional Hindu turut masuk dalam masyarakat Melayu khususnya di istana.

PENGARUH ISLAM
  • Wujud setelah berakhirnya pengaruh Hindu.
  • Berkembang dengan kedatangan mubaligh ke rantau ini.
  • Amalan yang bercanggah dengan ajaran Islam digugurkan walaupun tidak sepenuhnya.
  • Penyerahan diri kepada Allah merupakan satu daripada amalan yang dilakukan oleh kebanyakan orang Melayu.
  • Agama Islam telah mengubah cara pemikiran orang Melayu.
  • Agama Islam menyuruh umatnya berfikir untuk menerapkan unsur-unsur rasionalisme dalam pemikiran mereka.
  • Budaya Arab yang merupakan sebahagian daripada agama Islam telah dipelajari oleh orang Melayu
  • menyebabkan berlakunya perubahan besar dalam cara hidup orang Melayu. Contoh : Hampir setiap negeri di Tanah Melayu dan Brunei dianggap sebagai negara Islam dengan mengambil sempena nama-nama syurga (Darul Ridzuan, Darul Iman, Darul Takzim dan lain-lain).
  • Antara unsur budaya Arab (Islam) yang terserap termasuklah bahasa. Contoh : Banyak kosa kata Arab terdapat dalam bahasa Melayu. Antaranya termasuklah konsep ibadat seperti fardu, solat, azan dan sebagainya.
  • Pengaruh dalam bentuk tulisan
  • Tulisan tersebut dinamakan tulisan jawi oleh orang Melayu.
  • Ahli-ahli bahasa telah mengubah suai huruf Arab tersebut dengan menambahkan titik diakritis pada huruf yang sedia ada supaya dapat membunyikan perkataan Melayu yang tiada dalam tulisan Arab seperti huruf ‘p’ dan ‘g’.
  • Ekoran hal tersebut, kitab Islam tersebar luas menggunakan tulisan jawi dan ini dapat difahami oleh kebanyakan orang.
  • Pengaruh Islam dalam seni bina
  • Reka bentuk ukirannya berbentuk geometri bagi menggantikan bentuk-bentuk haiwan yang tidak dibenarkan oleh Islam.
  • Reka bentuk ini terdapat pada rumah Melayu, masjid dan barang-barang perhiasan.
  • NAMUN!!!! Terdapat sebahagian masyarakat yang mencampuradukkan ajaran Islam dengan Hindu dan animisme.
  • Doa dicampuradukkan dengan jampi mantera dan pemujaan terhadap makhluk halus.
  • Hal ini terdapat dalam kesenian seperti wayang kulit, makyung, kuda kepang dan beberapa kesenian lain.

PENGARUH BARAT
  • Kedatangan Barat berlaku selepas kedatangan Islam kerana penjajahan.
  • Nilai barat menular dalam masyarakat yang kadangkala bertentangan dengan ajaran Islam.
  • Pergaulan terlalu bebas, hiburan  melampaui batas agama merupakan pengaruh yang negatif.
  • Terdapat kesan yang positif hasil pengaruh barat misalnya teknologi moden dalam bidang pertanian, perindustrian dan perkomputeran yang dapat mengembangkan ekonomi masyarakat Melayu.
  • Bahasa - banyak kosa kata yang terserap yang dapat mengungkapkan pelbagai idea dan maklumat selaras dengan arus globalisasi
  • Peluang pendidikan yang lebih luas kepada masyarakat Melayu, khususnya golongan bangsawan yang kemudiannya dibuka kepada orang awam.
  • Ini mempengaruhi budaya fikir orang Melayu. Di sekolah, anak-anak orang Melayu didedahkan kepada kaedah, idea dan kosmologi sains.
  • Alam semangat dan alam rohaniah orang Melayu semakin lama semakin terpencil terutamanya  dalam kalangan mereka yang telah dididik dengan alam sekular sains.
  • Sebab-musabab saintifik menggantikan konsep magis. Ubat-ubatan kimia menggantikan jampi serapah.

PENGARUH LAIN

Orang Cina
  • datang ke Tanah Melayu pada zaman pemerintah Inggeris.
  • bekerja di lombong-lombong bijih di samping menjalankan perniagaan.
  • kosa kata bahasa Cina meresap dalam bahasa Melayu.
  • mengekalkan bunyi dan makna asal dalam bahasa cina walaupun sesetengahnya mengalami perubahan makna.
  • Contoh kosa kata yang terserap dalam bahasa Melayu ialah tanglung, teko, beca, amoi, apek, singse, suun, lobak, tocang, amah,  angpau, capcai, pau, dan taugeh,
  • Dari segi masakan
  • makanan cina turut meresap dalam budaya masyarakat Melayu.
  • Jenis-jenis masakan yang mengandungi kicap soya, sos tiram, dan bebola ikan, ayam atau daging merupakan pengaruh daripada budaya Cina yang kini menjadi sebahagian daripada makanan popular masyarakat Melayu.
  • Pemberian sampul yang berisi wang kepada kanak-kanak atau orang muda pada hari raya dinamakan angpau bagi kebanyakan mereka.
  • Amalan ini diterima kerana tidak bercanggah dengan ajaran Islam.




0 comment... add one now