Kebudayaan Melayu - Bidang Ekonomi ( Nota Ringkas BMM3113 )


PENGENALAN
  • Masyarakat Melayu merupakan salah sebuah masyarakat yang terbesar bilangannya di rantau Nusantara ini.
  • Hal ini dapat diperhatikan dengan lebih jelas lagi terutamanya di bumi Malaysia.
  • Kewujudakn masyarakat Melayu telah bermula sejak sebelum terbinanya empayar Kesultanan Melayu Melaka lagi kira-kira 500 tahun yang laluu.
  • Semenanjung Tanah Melayu terutamanya di negeri Melaka telah menjalankan kegiatan perdagangan dengan pedagang-pedagang dari luar  Negara terutamanya dari Arab, Parsi, India, China dan lain-lain lagi.
  • Aktiviti ekonomi hanya melibatkan urus niaga secara sistem barter atau bertukar barang.
  • Kemudian wujudnya sistem mata wang.
  • Secara tidak langsung telah menggalakkan kedatangan pedagang daripada luar negara dan berlaku penyerapan asimilasi dalam budaya Melayu.
PEKERJAAN
  • Bagi orang Melayu yang tinggal di desa, kebanyakkan menjalankan aktiviti pertanian dan menangkap ikan.
  • Aktiviti pertanian termasuk mengusahakan tanaman padi, kelapa sawit dan kelapa.
  • Orang Melayu yang tinggal di kota kebanyakkannya bekerja dalam sektor perindustrian, perdagangan, pengangkutan dan lain-lain.
  • Tetapi kini telah ramai orang Melayu yang telah berjaya dalam bidang perniagaan dan menjadi ahli perniagaan.

PENGURUSAN HARTA
Berlandaskan adat-adat Melayu :
  1. Adat Perpatih
  2. Adat Temenggung

Adat Perpatih
  • Kesemua harta pusaka adat adalah hak kepada suku dan bukan hak individu.
  • Berdasarkan konsep ini kita dapati bahawa Adat Perpatih telah menafikan hak milik individu terhadap harta pusaka adat.
  • Harta yang tidak dikategorikan sebagai harta pusaka adat pula seperti kereta, cincin, wang, saham dan lain-lain boleh dibahagikan kepada waris-waris si mati tanpa mendapat persetujuan daripada Lembaga.
  • Adat Perpatih telah mengiktiranya sebagai hak milik individu kerana ia hasil daripada usahanya sendiri.
  • Hak milik harta pusaka adat yang diberikan kepada masyarakat adat itu adalah hak milik yang terhad.
  • Sehinggakan dalam pembahagian atau pemindahan hak milik, seseorang itu terpaksa mendapatkan persetujuan waris dan Lembaga.
  • Dalam pemindahan hak milik melalui penjualan, waris dan Lembaga berhak menahan penjualan tersebuut. Adat melarang harta pusaka adat dijual kepada anggota suku lain.
  • Adat hanya membenarkan pemindahan hak milik berlaku dalam lingkungan suku itu sahaja.
Adat Temenggung
  • Mengikut sistem ini, lelaki berhak mewarisi harta yang lebih banyak daripada wanita.
  • Jurai sebelah bapa lebih diutamakan.
  • Jika berlaku perceraian, pembahagian harta antara suami dan isteri akan dilaksanakan mengikut hukum syarak.
  • Harta yang didapati semasa perkahwinan dikenali sebagai harta sepencarian yang kebiasaannya berkaitan dengan tanah. Harta sepencarian bagi isteri yang diceraikan akan dibahagikan secara sama rata.
  • Jika isteri yang dicerai tidak bekerja, maka ia berhak mendapat satu pertiga bahagian sahaja.
  • Jika penceraian itu atas permintaan suami, maka si suami mestilah menyediakan nafkah selama tiga bulan dan harta sepencarian haruslah dibahagi.
  • Sebaliknya jika penceraian disebabkan oleh perangai buuk isteri, maka si isteri hanya kehilangan tempat tinggal dan undang-undang menetapkan bahawa si suami harus membayar sejumlah tertentu emas.
  • Jika penceraian antara suami dan isteri disebabkan isteri meminta cerai kerana tiga kali mendapati perangai buruk suami dan telah mendapatkan cerai, isteri tersebut harus menebus dirinya dengan memulangkan tempat tinggal, sementara harta yang berpindah milik terserah kepada suami.

0 comment... add one now