Kebudayaan Kebangsaan ( Nota Ringkas BMM3113 )



Kebudayaan kebangsaan ?
  • Kebudayaan memainkan peranan dlm proses pembangunan Malaysia.
  • Dasar yang digubal pd tahun 1971 disebabkan tiada arah dlm mewujudkan kebudayaan kebangsaan.
  • Lahir drpd Gagasan Kogres Kebudayaan Kebangsaan yg dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia & Sukan.
  • Jadi garis panduan dlm membentuk & mewujudkan serta mengekalkan identiti negara.
  • Perpaduan negara diperkukuh melalui kebudayaan & keperibadian kebangsaan dipelihara berteraskan budaya penduduk asal & agama islam.
ISU/ CABARAN DAN PERMASALAHAN
  • Setelah lebih 50 tahun merdeka, masih belum dapat lihat satu bentuk kebudayaan Malaysia yang jitu.
  • Setiap kaum & etnik masih kuat menyuarakan & meminta hak yg lebih luas utk mengamalkan kebudayaan masing-masing.
  • Media sosial spt elektronik & cetak terpaksa melayan permintaan kaum yang ada di Malaysia masing-masing.
  • Kebudayaan kebangsaan Malaysia jelas masih terbahagi mengikut kebudayaan kaum & etnik yg pelbagai.
  • Malaysia lebih dilihat di mata dunia sebagai negara pelbagai kaum dan pelbagai budaya.
  • Ada kebudayaan yang sesuai diamalkan oleh semua rakyat Malaysia dan ada yang tidak sesuai.
  • Jurang interaksi antara murid SK & SKJ sehinggalah ke peringkat tertinggi. Banyak universiti swasta didominasi oleh satu-satu kaum sbg majoriti.
  • Bahasa Melayu tidak digunakan sepenuh sebagai bahasa rasmi, bahasa ilmu, bahasa kebangsaan.
  • Generasi muda yang tidak berminat terhadap kebudayaan.
  • Kecanggihan teknologi dan arus permodenan semakin lama semakin mengaburkan nilai kebudayaan.
KEDUDUKAN TERKINI
  • Gagasan 1Malaysia yang diangkat oleh PM Malaysia, Datuk Seri Najib Razak sedikit sebanyak membantu membentuk kelikatan perpaduan dan jalinan budaya antara kaum.
  • Sambutan perayaan diraikan di peringkat kebangsaan dengan mengadakan rumah terbuka.
  • Mewujudkan tarian 1 Malaysia, senam seni, festival citrawarna Malaysia untuk menzahirkan kebudayaan kebangsaan.
  • Penciptaan lagu-lagu melibatkan bahasa-bahasa kaum di Malaysia dan menggunakan alat-alat muzik semua kaum serta disiarkan di media elektronik.
  • Pengenalan baju kebangsaan – baju batik dipakai setiap hari Khamis oleh penjawat awam.

BENTUK BUDAYA PADA MASA YANG AKAN DATANG
  • Proses globalisasi baik melalui media massa atau komunikasi langsung dan perbagai informasi yang terbuka mengakibatkan perbagai kebudayaan di dunia bertemu dan terjadi percampuran kebudayaan yang lebih besar.
  • Perubahan yang terjadi dalam budaya masyarakat merupakan hasil dari pertemuan antara nilai yang satu dengan yang lain.
Budaya masa kini & akan datang antaranya ialah:
  • Hip-hop dan K-Pop
  • Amalan pertuturan manglish
  • Tayangan filem yang seolah-olah tidak ditapis
  • Gaya hidup barat  cth sesi ‘pre dan post wedding photos’ dan lamaran gaya barat.
  • Perkahwinan sama jenis.

0 comment... add one now