Kepentingan dan Faedah Pengajaran Mikro ( Nota Ringkas )


Pengajaran mikro merupakan satu komponen yang penting dalam Sukatan Pelajaran Ilmu Pendidikan Ikhtisas di Institut perguruan.Setiap guru pelatih yang sedang mengikuti kursus pendidikan di institut perguruan diwajibkan melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran mikro.Pengajaran mikro ini merupakan satu-satunya latihan yang paling berkesan untuk membantu guru-guru pelatih menguasai kemahiran-kemahiran mengajar.Ia akan mendatangkan beberapa faedah kepada guru-guru pelatih.

Mok Soon Sang (2008), menyatakan antara kepentingan dan faedah pengajaran mikro ialah:

i) Guru-guru pelatih mendapat peluang mempraktikkan kemahiran mengajar satu demi satu dalam situasi pelajaran yang terancang dan dipermudahkan.

ii) Guru-guru pelatih boleh mempelajari teknik mengajar dalam keadaan yang tenang.
Mudah dan kurang kompleks.

iii) Pengajaran mikro ini membolehkan guru-guru pelatih mengamalkan teori pengajaran yang disampaikan oleh pensyarahnya di bilik kuliah.

iv) Pengajaran mikro juga dapat membantu guru pelatih mengurangkan pelbagai masalah daripada pengajaran biasa di sekolah pada masa depan.

v) Melalui rakaman video, guru-guru dapat mengkaji sendiri kelebihan dan kesilapan yang dilakukan dalam sesi pengajaran mikro.

vi) Melalui perbincangan selepas sesi pengajaran, guru-guru pelatih dapat memahami kesilapan pengajaran mereka dan seterusnya berusaha membaiki kelemahan-kelemahan pengajaran yang berlaku, di samping mengukuhkan kelebihan-kelebihan kemahiran mengajar.

vii) Pengajaran mikro juga dapat meningkatkan keyakinan guru-guru pelatih supaya mereka bersedia menghadapi situasi pengajaran yang sebenar, misalnya mengajar murid-murid di dalam bilik darjah semasa sesi praktikum di peringkat sekolah.
 


0 comment... add one now