konsep Semantik dan Makna


KONSEP SEMANTIK

Manusia berbicara dengan bahasa. Tanpa bahasa yang jelas dan bermakna, komunikasi yang lengkap tidak akan berlaku. Jalinan bahasa yang terjadi antara setiap penuturnya memerlukan persefahaman dalam mengungkapkan makna. Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap bahasa merupakan satu sistem yang digunakan untuk menyampaikan makna melalui bunyi. Kajian makna dikenali sebagai bidang semantik, iaitu bidang yang telah begitu lama diabaikan oleh linguistik kerana persoalan makna banyak mendatangkan masalah jika tingkahlaku bahasa itu ditinjau dari sudut itu.

Makna tidak mungkin dapat dikaji secara formal atau secara terasing daripada konteks atau teks. Keadaan ini berlaku kerana ada makna yang tersurat dan tersirat. Ahli falsafah dan ahli bahasa lebih menitik beratkan tentang hubungan makna-makna perkataan. Bahasa, menurut R. H. Robbins (1952) menegaskan bahawa kajian makna merupakan salah satu bahagian yang penting dalam linguistik am.  

Sementara itu, Firth (1944) menegaskan bahawa makna menjadi inti dalam kajian bahasa.  Lazimnya, kata ‘makna’ memberi erti ‘maksud’ atau ‘erti’.  Walau bagaimanapun, kata makna boleh diberi bermacam-macam pergertian lagi.  Misalnya, Ogden dan Richard dalam buku  The Meaning of Meaning (1956) pernah memberi 16 pengertian dan erti bagi makna; antaranya makna adalah suatu yang intrinsik, pokok, kemahuan, dan suata peristiwa yang diharapkan. Kata “semantik” ini, sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang membawa makna ‘penting’ atau ‘bererti’ dan “sema” maksudnya tanda / lambang. Istilah semantik (semiotic,semilogi dan semasiologi). Semantik ialah kajian tentang makna linguistik bagi morfem, perkataan, frasa, klausa dan ayat dalam bahasa manusia (Lyons, 1977:137). Sementara Ellis (1966:33) mentakrifkan semantik sebagai penggunaan bahasa untuk membuat sesuatu.

Semantik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Menurut Ferdinand de Saussure pula, semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna. Choamsky berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan. Namun, semantik bukan sahaja merujuk kepada makna tetapi juga kepada perkembangannya yang disebut “semantik sejarah” (M.Breal, 1893)

Pragmatik pula meliputi penggunaan bahasa yang berkaitan dengan konteks serta khusus untuk komunikasi linguistik (Morris, 1964:117). Ellis (196:93) mentakrifkan pragmatik sebagai penggunaan bahasa semasa membuat sesuatu. Semantik dan pragmatik merupakan gambaran akal dan rujukan bagi sebarang simbol yang boleh terdiri daripada pelbagai jenis seperti warna, bentuk gerak-geri bunyi bahasa (Abdullah, 2006: 79). Rujukan ialah proses memperoleh dan memberikan pengertian, makna sebenar dan makna konteks tentang alam persekitaran yang menyentuh kehidupan sosial dal alam fizikal.

Secara ringkas, semantik, dapat dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa.  Semantik dalam bahasa, pada umumnya, dapat diteliti dari pelbagai sudut

KONSEP MAKNA

Bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna kerana bidang makna ataupun semantik, sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik. Bahasa menurut R.H. Robbins (1952) adalah menegaskan bahawa kajian makna merupakan salah satu bahagian yang penting dalam linguistik am. 

Selain itu ada lagi tokoh-tokoh yang mengemukakan pendapat yang lain. Firth (1994) pula menegaskan bahawa makna menjadi inti dalam sesuatu kajian bahasa. Berdasarkan pernyataan bagi ketiga-tiga tokoh diatas, makna merupakan perkara yang sangat penting, sekiranya kita membaca sesuatu ayat ataupun menulis ayat tetapi kita tidak mengetahui maknanya, maka tidak sempurnalah.

Seharusnya kita perlu mengetahui makna apa sahaja yang kita baca, kita tulis. Dalam bidang linguistik , semantik pula ialah bidang yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa (Nik Safiah Karim, 2001). Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang sangat luas, dimana ianya mencakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi bahasa serta juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi. Terdapat beberapa jenis makna dalam bahasa Melayu antaranya ialah makna afektif, makna leksikal, makna konseptual, makna konotatif, makna kolokatif, makna tematik dan banyak lagi.




0 comment... add one now