Jenis Makna

 
Makna Denotatif

Makna deskriptik dan makna leksikal. Makna yang bersifat objektif, makna sebenar, makna asal, makna mutlak  dan makna dasar.

Makna Konotatif

Makna yang ada kaitan dengan nilai rasa, baik positif mahupun negatif. Ditentukan oleh makna asosiatif dan makna afektif.

Makna Konseptual

Makna konsep dapat menentukan makna, memahami ujaran atau membuat interpretasi dengan mentakrif, memahami, memutus buah fikiran. Tanpa konsep, kita tidak dapat mewujudkan makna denotatif atau makna sebenar. Bergantung pada konteks ayat atau situasi penggunaannya maka makna konseptual atau makna situasional sering juga disebut makna gramatikal. Contoh : konotasi antara perempuan dan wanita adalah berbeza  tetapi mempunyai makna yang sama.Makna Leksikal

Berkenaan perkataan atau perbendaharaan kata dalam sesuatu bahasa; makna sesuatu perkataan itu sendiri iaitu tanpa melihat penggunaannya dalam ayat. Leksikograf ialah penyusun kamus.Leksikologi ialah kajian tentang makna dan penggunaan perkataan.  Leksikon ialah kamus, perbendaharaan kata sesuatu bahasa atau sesuatu bidang.

Makna Afektif

Berkaitan dengan perasaan dan emosi bukannya fikiran atau daya fikir.  Istilah sering digunakan secara eksplisit (lontaran suara/intonasi) sama ada afektif yang positif atau negatif. Makna afektif adalah makna yang muncul sebagai akibat reaksi pendengar atau pembaca terhadap penggunaan bahasa akibat reaksi pendengar yang dipengaruhi unsur perasaan atau emosional. Contoh ayat, "bangun, nak" (kasar atau halus).

Makna Gramatikal

Makna baru yang wujud akibat daripada proses pengimbuhan, pengulangan dan pemajmukan. Contoh; batas, batasan, membatas, perbatasan, terbatas dan lain-lain lagi. Proses gramatikal atau pengimbuhan asli atau pinjaman (awalan, akhiran, apitan dan sisipan) yang berlaku pada kata dasar boleh mengubah golongan kata dan makna.

Makna Tematik

Disampaikan melalui susunan bunyi , susunan kata, fokus dan juga tekanan. Ayat tersebut dapat dilihat dalam ayat pasif dan ayat aktif. Adik menendang bola. Bola ditendang oleh adik yang mempunyai nilai komunikasi yang berbeza. Contoh; Ali anak doktor Kasim kemalangan semalam. Makna tematik akan difahami setelah dikomunikasikan oleh pembaca atau penulis baik melalui urutan kata-kata, fokus pembicaraan mahupun tekanan suara. Contoh ; “ Saya sayang awak ” atau “ Saya sayaaaaaang awak! ” . Makna tidak akan terhasil melalui penulisan kerana penekanan dan fokus dalam ayat tersebut tidak jelas sepertimana ayat yang diujarkan.

Makna Gaya

Gaya penulisan atau perkataan yang digunakan oleh penulis dalam karya mereka seperti novel, sajak, cerpen dan sebagainya. Gaya bahasa apabila bercakap, menulis dapat dinilai dari sudut perkataan, ikatan ayatnya, jalan bahasanya atau bentuk peribahasanya. Hal ini berkaitan kemajuan yang dikecapi oleh masyarakat pada hari ini, sifat ketamadunan dan adat resam.

Makna Asosiatif

Makna yang sama dengan lambang atau perlambangan digunakan untuk menyatakan konsep lain yang mempunyai kemiripan dengan sifat, keadaan atau ciri yang ada konsep asal kata tersebut. ( Contoh: putih berasosiasi dengan sesuatu yang suci dan kesucian. )

Makna Stilistik

Makna dalam sebuah kata yang menunjukkan lingkungan sosial penggunaannya. ( Contoh : naik : bergerak ke atas, mendaki, menumpang, bertambah, kembang )Makna stilistik lebih banyak ditampilkan dalam gaya bahasa iaitu penilaian bahawa penuturnya berbudi bahasa atau tidak.

Makna kolokatif

Makna yang berhubungan dengan kata-kata tertentu dan hanya merangkumi kata-kata yang bersesuaian dengannya. (Contoh : cantik dan tampan bermaksud indah. Walau bagaimanapun tampan tidak dapat berkolokasi dengan kata gadis.)

Makna kata

Makna kata adalah makna dasar sesebuah kata berhubung dengan makna sesuatu perkataan apabila berada dalam sesuatu konteks ayat. ( Contoh : makan; memasukkan sesuatu ke dalam mulut, makan hati : tersinggung atau tersentuh )

Makna istilah

Mempunyai makna yang pasti , jelas dan tidak meragukan meskipun tidak berada dalam konteks ayat. Istilah hanya digunakan pada bidang ilmu atau kegiatan tertentu. (Contoh : lengan dan tangan ; dalam bidang kedoktoran mempunyai makna yang berbeza.)

Makna Idiom

Satuan bahasa (kata, frasa, kalimat) yang maknanya tidak dapat diramalkan dari makna leksikal dan makna gramatikal dalam pembentukannya. Terdiri daripada dua bentuk iaitu idiom penuh( idiom yang secara keseluruhannya merupakan satu kesatuan dengan makna) dan idiom sebahagian (masih ada unsur yang memiliki makna leksikalnya sendiri tetapi terdapat kekeliruan terhadap penggunaan idiom, ungkapan dan metafora).

Makna Peribahasa

Suatu kiasan / bahasa / bunga bahasa dalam kata-kata yang menggunakan kalimat / kelompok kata untuk menggambarkan sesuatu maksud yang tertentu. Maksudnya berlainan daripada makna asalnya. Tujuannya adalah sebagai kiasan, teladan dan pengajaran untuk menghiasi karangan dan percakapan.

0 comment... add one now