Proses Melaksanakan Sesi Pengajaran Mikro ( Nota Ringkas )


Beberapa model pengajaran mikro telah disarankan oleh pakar-pakar pengasasnya.Model Pengajaran Mikro berasal daripada D.Allen dan K. Kyan ialah:
  1. Merancang
  2. Mengajar
  3. Mengulas
  4. Merancang Semula
  5. Mengajar Semula
  6. Mengulas Semula
Mengikut model ini, guru-guru pelatih yang melibatkan sesi praktik ini terpaksa merancang dan mengajar dua kali.Ini mungkin akan menjadikan guru-guru pelatih merasa bosan.Untuk mengatasi masalah ini,George Brown dari university Ullster menyarankan satu model pengajaran yang lebih ringkas, iaitu:
  1. Merancang
  2. Mengajar
  3. Mengulas
Kedua-dua model pengajaran mikro tersebut telah diubahsuai mengikut keperluan-keperluan latihan perguruan setempat.Di institut-institut perguruan di negara kita,lazimnya model pengajaran mikro melibatkan empat peringkat,iaitu peringkat pengenalan,peringkat perancangan,peringkat pelaksanaan dan peringkat maklum balas.

Urutan berikut menggambarkan secara ringkas peringkat-peringkat pengajaran mikro di institut perguruan di negara kita.

  1. Pengenalan
  2. Perancangan
  3. Pelaksanaan
  4. Maklum Balas

0 comment... add one now