Kesan Kemahiran Set Induksi ke Atas Pengajaran dan Pembelajaran ( Nota Ringkas )


Kesan-kesan penggunaan Set Induksi adalah seperti yang berikut:
  1. Motivasi murid tinggi.Mereka ingin belajar dengan lebih tekun lagi.Perhatian murid-murid terhadap pelajaran lebih baik.Ini memudahkan pembentukan konsep.
  2. Murid-murid akan berusaha kea rah jangkaan prestasi yang ditetapkan dan diumumkan oleh guru.
  3. Pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan kerana perkaitan dibuat antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.
  4. Naluri ingin tahu murid dapat dipenuhi.
  5. Corak interaksi antara guru dan murid akan berubah-ubah.Ini akan mewujudkan suasana pengajaran-pembelajaran yang lebih menggalakkan.

0 comment... add one now