Dasar Kebudayaan Kebangsaan ( Nota Ringkas BMM3113 )



Kepentingan kebudayaan
  • Berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan
  • Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan.
  • Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.

Apakah itu Dasar Kebudayaan Kebangsaan?
  • Satu dasar yang digubal pada tahun 1971 sejak merdeka disebabkan tiada arah dalam mewujudkan kebudayaan kebangsaan.
  • Ini disebabkan kesedaran yg rendah dan kefahaman mengenai kebudayaan, kepentingan politik yg menekankan kebudayaan kaum shj dan penekanan yg lebih kpd kemajuan ekonomi.
  • Rasional Dasar Kebudayaan Kebangsaan
  • Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan merupakan langkah penting untuk mengekalkan perpaduan.
  • Menjadi garis panduan ke arah membentuk dan mewujudkan serta mengekalkan identiti dan perpaduan dalam masyarakat.
  • Akan menentukan sifat-sifat yang terbaik dan mulia bagi membina bangsa yang bersatu padu dan berdaya

Prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan
  • Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini.
  • Melaka merupakan pusat perkembangan, penyebaran dan warisan kebudayaan Melayu.
  • Kebudayaan serantau digambarkan dengan penggunaan Bahasa Melayu.
  • Kebudayaan rakyat asal rantau ini dijadikan teras dalam Kebudayaan Kebangsaan
Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai.
  • Unsur-unsur budaya asing, Cina, Arab, India dan sebagainya
  • Kesesuaian dan penerimaan dalam penyerapan kebudayaan bergantung kepada tidak wujudnya

    percanggahan dalam Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara
  • Islam menjadi unsur penting di dalam     pembentukan     kebudayaan kebangsaan.
  • Peringkat tertinggi- sepatutnya menampakkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam
  • Peringkat kedua- menerapkan budaya-budaya lain yang tidak bertentangan dengan budaya Islam
Pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
  • Peranan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dalam pelaksanaan matlamat dan strategi dasar ini adalah penting. Antara lain Kementerian ini menguruskan penyelidikan, pembangunan dan penggalakan, pendidikan dan pengembangan kesenian dan perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan kebangsaan.
  • Usaha-usaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti pembangunan, persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa.
  • Di samping Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini.
  • Mereka termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan.
  • Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa.
  • Peranan pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana badan-badan ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program atau projek-projek kebudayaan.


0 comment... add one now