Objektif dan Komponen Set Induksi ( Nota Ringkas )


Antara objektif-objektif kemahiran Set Induksi adalah seperti yang berikut:
  1. Mendapatkan perhatian murid.
  2. Memotivasikan murid-murid.
  3. Mencadangkan cara-cara menjalankan tugas.
  4. Menyatakan had tugas yang akan dilaksanakan.
  5. Membuat perkaitan antara yang telah dialami dengan yang di luar pengalaman murid-murid.
Komponen-komponen Set Induksi :

Komponen-komponen utama dalam kemahiran Set Induksi ialah menarik perhatian, mewujudkan motivasi,perkaitan kognitif dan menstruktur.

i) Menarik Perhatian


Untuk menarik perhatian murid-murid, guru boleh mengubah unsur-unsur ketegangan,menunjukkan sesuatu yang menghairankanm mengadakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan atau berusaha menimbulkan rasa ingin tahu murid-murid.

ii) Mewujudkan Motivasi

Sebelum mengajar,guru perlu memastikan murid-murid dalam keadaan yang sedia dan bermotivasi untuk belajar.Apabila pelajar memberi perhatian,barulah pelajaran sebenarnya boleh dimulakan dengan senang dan mudah.(Omardin Ashaari,1997).


iii) Perkaitan Kognitif
Guru yang membuat perkaitan antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid akan dapat menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan.Misalnya,guru yang mengajar ciri-ciri segitiga sama kaki boleh membincangkan ciri-ciri umum sesebuah segitiga terlebih dahulu.

iv) Menstruktur

Dalam proses menstruktur, guru memberitahu tugas yang akan dijalankan atau cara-cara menjalankan tugas itu.Contohnya,“Kita akan cuba menamakan lima bahagian Bunga Raya ini setelah melihat bahagian-bahagian itu dengan teliti”.

0 comment... add one now