Masalah Pengajaran Mikro ( Nota Ringkas )


Dalam melaksanakan sesi pengajaran mikro, terdapat juga beberapa masalah yang tidak dapat dielak.Omardin Ashaari (1997) menyatakan antara masalah-masalah dalam pengajaran mikro ialah seperti berikut:
  1. Masalah kekurangan bilik darjah, ruang dan kelengkapan peralatan yang diperlukan adalah amat ketara dalam beberapa kes.
  2. Sesi pelaksanaan pengajaran mikro sebaik-baiknya memerlukan penggunaan alat-alat teknologi pendidikan seperti kamera, perakam video, televisyen dan lain-lain lagi.Peralatan ini bukan sahaja mahal dan rumit tetapi juga memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk penjagaan dan penyenggaraannya.
  3. Hal-hal pentadbiran seperti penyesuaian masa untuk mengadakan kelas.
  4. Masalah-masalah lain seperti personaliti dan sikap turut mempengaruhi pelaksanaan pengajaran mikro.

0 comment... add one now