Nota Defiinisi Teori Tradisional (Panini)


Bermula sejak zaman Yunani (abad ke-5 S.M). Pada masa itu tatabahasa merupakan cabang falsafah yang dapat membantu ahli falsafah Yunani mengkaji tabii alam. Huraian tatabahasa dibuat berdasarkan logika Plato (429-327 S.M) membahagikan golongan kata kepada dua bahagian iaitu kata nama dan perbuatan.

Kata nama yang berfungsi sebagai subjek dalam ayat dan kata kerja menggambarkan tindakan (predikat).Pembahagian ayat pula berdasarkan fungsi bahagian-bahagian ayat tersebut.Ayat definisikan sebagai ucapan yang mengandungi fikiran yang lengkap.Ayat dibahagikan kepada empat jenis iaitu ayat penyata, tanya, seru dan perintah.

Bahagian-bahagian ayat disebut sebagai subjek, predikat, objek dan keterangan.Istilah seperti aktif, pasif, transitif dan intransitif wujud daripada pandangan ahli falsafah untuk mencari kenyataan dan hubungan logika dalam ayat.Tatabahasa merupakan satu cara atau proses pengkajian bahasa tentang hukum-hukum dan peraturan-peraturan sesuatu bahasa yang dibuat berdasarkan makna.
Ciri-ciri tatabahasa tradisional.

Tatabahasa tradisional bersifat nosional dan tidak mengikut konsep formal atau struktur.Ketiadaan pola morfologi atau sintaksis tetap yang boleh digunakan sebagai dasar untuk menerbitkan pelbagai struktur.

Ketiadaan pemeringkatan atau pemilihan bahan sama ada gramatikal atau leksikal, sama ada berasaskan yang mudah atau yang kompleks, sama ada kekerapan dan kenyataan butir-butir itu boleh diajar atau tidak.Ayat-ayat yang dibina dengan menggunakan konsep binaan.Bahasa adalah satu organisma.Ia hidup dan berubah.

Kelemahan Teori Tradisional

Teori ini terlalu mengutamakan tindakan menghafaz peraturan-peraturan dalam tatabahasa dan penjenisan kata guru mungkin terpengaruh dan terlalu menekankan aspek tatabahasa dalam pengajaran akan melahirkan pelajar yang cekap menganalisis ayat tetapi kurang mampu membina ayat-ayat yang sempurna dan gramatis analisis dilakukan secara nosional dengan anggapan bahawa kategori-kategori bahasa bersifat universal.


 

1 comment... add one now

Dernol Jolius Dernol Jolius1 Mac 2023 pada 4:49 PG
boleh teori ini diaplikasikan dalam sesebuah tarian?