Nota Definisi Teori Struktural (Bloomfield)


Dikenali juga dengan aliran ‘taxonomic’ atau ‘bloomfeildian’.Muncul akibat bertentangan dengan aliran tradisional.Tentangan utama ialah dasar nasional yang digunakan oleh aliran tradisional untuk membentuk kategori-kategori tatabahasa dan anggapan bahawa semua bahasa mempunyai kategori universal.Aliran struktural mengkaji bahasa sebagai lambang-lambang pertuturan.

Data-data adalah daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan oleh penutur jati daripada bahasa yang hendak dikaji. Analisis struktural bersifat ‘sturcture centered’.Setiap bunyi perkataan atau bahagian berdiri sendiri dan tidak mempunyai kepentingan linguistic.Setiap unsur tersebut menjadi penting apabila unsur-unsur itu bergabung dengan unsur-unsur lain dalam sesuatu pola sistem linguistik.

Analisis tatabahasa bermula daripada bunyi dan diikuti oleh morfem, frasa,klausa dan ayat serta unsur-unsur supra segmental.Ayat akan dipecahkan mengikut konstituen-konstituennya yang paling kecil ialah perkataan diikuti frasa, klausa, subjek dan predikat.



0 comment... add one now