Takrif Melayu :
Menurut Perlembagaan negara Malaysia, Melayu ialah orang yang lazim berbahasa Melayu, berkebudayaan Melayu, beragama Islam :
“...seseorang yang menganut agama Islam, lazimnya bercakap bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan
a .lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau ibu bapanya lahir di Persekutuan atau Singapura, atau pada hari Merdeka ia adalah berdominasi di Persekutuan atau di Singapura atau
b .ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.”
(Mohd Rashid Md Idris, 2007:3)
Takrifan Melayu dari segi suku bangsa :
- Melayu mestilah daripada keturunan suku Melayu dari segi darah dagingnya, bertutur bahasa atau dialek Melayu dan berkebudayaan serta beradat resam Melayu.
- Suku Melayu jenis ini terdapat di Semenanjung Malaysia, termasuk Thailand Selatan, Pantai Sarawak, Brunei, Pantai Sabah, Pesisir Kalimantan, Indonesia dan lain-lain.
Takrifan oleh UNESCO :
Melayu merupakan satu keluarga bangsa yang mempunyai satu keluarga bahasa yang sama, bentuk fizikal tubuh badan yang hampir sama, berkulit sawo matang, rambut lurus, berketinggian sederhana dan penduduk asli di satu kawasan yang sangat besar.
Melayu merupakan satu keluarga bangsa yang mempunyai satu keluarga bahasa yang sama, bentuk fizikal tubuh badan yang hampir sama, berkulit sawo matang, rambut lurus, berketinggian sederhana dan penduduk asli di satu kawasan yang sangat besar.
- Dari segi lahiriah: orang Melayu ialah orang yang berkulit sawo matang, berbadan sederhana serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa.
- Dari segi budaya: Melayu meliputi penduduk kawasan yang lebih luas, iaitu gugusan pulau-pulau Melayu yang meliputi Malaysia, Indonesia, Filipina dan lain-lain.
- Syed Ali yang dipetik oleh Mohd Rashid Md Idris (2007:3) Menurut pendapat yang dikemukakan oleh Asmah Hj. Omar yang dipetik oleh Siti Hajar Abdul Aziz (2008:5) Susur Galur Bahasa Melayu
- Melayu merujuk kepada bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan yang secara tradisional dikenali sebagai gugusan pulau Melayu.
- Catatan orang China : Melayu merujuk sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi. Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.
“Mlayu” bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.
Sejarah dan Latar Belakang Bangsa Melayu
Asal-usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur.
Beberapa pendapat :
- bangsa Melayu berasal dari Yunnan (Teori Yunnan )
- bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara)
- Orang Minangkabau (Melayu) dari Asia Tengah
Teori Nusantara
- Bangsa Melayu dan Bangsa Kawa mempunyai tamadun yang tinggi.
- Pada abab ke 19,Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama.pekara ini menunjukan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana,tetapi berasa dan berkembang di Nusantara.
- Manusia Kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di pulau jawa.Penemuan manusia kuno ini di pulau jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian
- Bahasa di Nusantara (Bahasa Austrinesia ) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah )
Sejarah Asal Usul Bangsa Melayu
Dalam buku Sejarah Melayu disebut bahwa Melayu adalah nama sungai di Sumatera Selatan yang mengalir disekitar bukit Si Guntang dekat Palembang. Si Guntang merupakan tempat pemunculan pertama tiga orang raja yang datang ke alam Melayu. Mereka adalah asal dari keturunan raja-raja Melayu di Palembang (Singapura, Malaka dan Johor), Minangkabau dan Tanjung Pura.
Teori Asia Tenggara
- Orang minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh,iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara sungai Jambi dan Palembang,semasa banjir besar berlaku di bumi.tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.
- Teori ini disokong oleh beberapa sarjana R.H.Geldern,J.H.C Kern,J.R Foster,J.R Logen,Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar.secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini :
- Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah di Kepulauan Melayu .perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk dari Asia Tengah ke Kepulauan Melayu;
- Adat resam bangsa Melayu mirip budaya Asia Tengah