Konsep Budaya ( Nota Ringkas BMM3113 )



Saya kongsikan sedikit nota ringkas konsep budaya , sesuai adik2 guru pelatih nak exam nanti 

Konsep Budaya

Kamus Dewan :
  • Kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya.
  • Cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.
Dari sudut etimologi ;
  • Perkataan “budaya” berasal dari akar kata yang tersusun daripada dua perkataan yang terpisah iaitu “budi” dan “daya”.
  • “budi” bererti cahaya atau sinar yang terletak di dalam batin manusia.
  • “daya” bertalian dengan upaya iaitu usaha, keaktifan manusia melaksanakan dengan anggotanya apa yang digerakkan oleh budinya.
Pandangan Inggeris ;
  • Istilah “culture” berasal dari perkataan Latin “colere” yang bermaksud menyedia dan mengerjakan tanah atau menanam.
  • Orang Eropah memilih perkataan “culture” untuk menggambarkan pemikiran mereka yang berhubungan dengan kehidupan mereka yang sangat rapat dengan aktiviti pertanian (agriculture) pada masa tersebut.
  • Justeru, sesiapa menyebut “cultivated person” merujuk seseorang yang mempunyai “culture”.
Pandangan Bahasa Arab ;
  • Istilah kebudayaan ini sinonim dengan perkataan “al-thaqafah”.
  • Istilah al-thaqafah membawa erti cepat memahami dan kecerdikan.
Thomas J.Sullivan (1993) :
  • Merujuk kepada tradisi, adat dan perlakuan seseorang
Lucy Mair :
  • Milik bersama sesuatu masyarakat yang mempunyai tradisi yang sama.
Taib Osman (1988) :
  • Kebudayaan adalah cara hidup, cara mengatur hidup 1 kelompok manusia.
Kandungan (elemen)

Budaya Material

Meliputi bahan-bahan fizikal kebudayaan serta cara-cara penggunaannya.
Contoh ;
keris : alat kebesaran bagi raja/lambang kekuasaan/kedaulatan. 
orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo

Budaya Bukan Material
Kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang.
Contoh ;
  • setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza seperti dalam perkahwinan masyarakat Melayu iaitu pihak lelaki yang memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala, bagi masyarakat India, hantaran (dowri) perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki.
  • dalam masyarakat Melayu juga ada adat pepatih & adat temenggung.

0 comment... add one now