- Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara yang bertugas selama 5 tahun dan dipilih oleh Majlis Raja-Raja.
- Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.
- Sistem pemerintahan disesuaikan dengan agama Islam
- Sultan dikatakan sebagai berasal dari keturunan pahlawan
- Sultan dibantu dalam menjalankan pemerintahan oleh orang-orang besar yang menjadi pegawai
- Sultan juga diaanggap mempunyai kekuatan dan keajaiban
- Sultan dianggap sebagai individu yang perkasa
- Konsep daulat memberi peluang kepada Sultan untuk meletakkan dirinya berbeza dengan orang lain
- Institusi raja merupakan institusi yang menjadi sanjungan
INSTIUSI SOSIAL KEBUDAYAAN MELAYU
- Perkataan ‘sosial’ dari segi kebudayaan membawa maksud yang sangat luas meliputi segala aspek yang berrkaitan dengan masyarakat.
- Sosial dalam pendefinisian ini merangkumi sistem sosial, stratifikasi sosial, struktur sosial, perhubungan antara anggota masyarakat, mobiliti sosial dan bentuk kepercayaan.
- Dalam konteks masyarakat tradisional, sistem sosialnya merupakan struktur masyarakat yang belum menerima pengaruh peradaban Barat.
HERARKI SOSIAL MASYARAKAT MELAYU
- Herarki merupakan susunan sesebuah masyarakat yang bakal membentuk pentadbiran.
- Herarki ini menggambarkan kedudukan sesuatu golongan atau kelompok dalam masyarakat.
- Bagi masyarakat Melayu tradisional, sistem sosial atau herarkinya bersifat feudal.
- Raja atau Sultan berkuasa dan menduduki tempat tertinggi dalam sistem sosial masyarakat Melayu tradisional.
- Herarki masyarakat Melayu tradisional dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu keturunan, hubungan kekeluargaan, pangkat dan kedudukan yang disandang, tugas dan sebagainya.
- Dari aspek demografi pula, kedudukan masyarakat dapat dikategorikan mengikut jumlah pemilikan harta, reka bentuk rumah, gaya pakaian dan penggunaan istilah dalam pertuturan.
KESIMPULAN
- Secara keseluruhannya, sistem sosial masyarakat Melayu tradisional merupakan sistem sosial yang kukuh dan teratur.
- Sistem ini diamalkan zaman berzaman dan masih mempunyai pengaruh sehingga hari ini.
- Sistem sosial pada zaman tradisional mempengaruhi sistem pemerintahan kita pada hari ini.
- Contohnya, sistem pemerintahan Malaysia yang bersifat Raja Berpelembagaan yang mempunyai kaitan dengan konsep Daulat dan Derhaka pada zaman tradisional dahulu, Islam sebagai agama rasmi, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan unsur-unsur tradisional masih diamalkan sehingga hari ini.
- Namun begitu, sejarah telah membuktikan bahawa terdapat pelbagai pengaruh asing yang mempengaruhi sistem sosial dalam masyarakat Melayu tradisional.
- Antaranya ialah pengaruh agama Hindu-Buddha dan agama Islam.
- Elemen-elemen seperti ini telah menyerap masuk dalam budaya masyarakat Melayu tradisional dan terus kekal dalam sosial masyarakat Melayu sehingga hari ini.