Kebudayaan Melayu - Bidang Sosial ( Nota Ringkas BMM3113 )



KESENIAN:


Kesenian merupakan perihal seni, yang berkaitan dengan seni, berasaskan seni (Kamus dewan edisi keempat, 2010). Kesenian Melayu menjadi identiti masyarakat Melayu.

1.    Seni Persembahan
2.    Seni Tampak
3.    Seni Muzik

I.    SENI GERAK

i.    TARI
  • Bercorak seni tari istana yang dipersembahkan pada waktu perkahwinan, pertabalan dan sebagainya. Contoh : tarian siti payung, tarian mak inang, tarian asyik, tarian gamelan .
  • Wujudnya pengaruh Arab dan Parsi. tarian rodat, tarian hadrat.
  • Tarian rakyat. Contoh : dondang sayang, ronggeng, joget.
  • Khusus ditarikan oleh kaum lelaki sahaja. Contoh : tarian kuda kepang, tarian labi-labi, tarian berdayung.
ii.    SENI DRAMA/PERSEMBAHAN PENTAS
Merupakan karya drama yang dianggap oleh masyarakat yang mewarisinya sebagai hasil yang diwarisi secara turun-temurun dari generasi yang lampau.

•    Seni drama :
  • Drama tari/Taridra. (Menora, Mak Yong, Mek Mulong, Gamelan).
  • Patung. (wayang kulit, wayang gedek).
  • Opera. (Bangsawan, Mendu, Memanda (teater orang Banjar), Kemidi Rudat (teater orang Sasak/Lombok), Lenong (teater orang Betawi)).
  • Sketsa. (Boria, Jikey).
II.    SENI SUARA
  • Cerita - penglipur lara, selampit, awang batil dan sebagainya.
  • Bersajak - nazam, syair, gurindam, pantun dan sebagainya.
  • Berlagu - dondang, mengaji al-Quran, nasyid, berzanji, marhaban dan sebagainya.
  • Bernyanyi - lagu-lagu ghazal, dikir barat, lagu kanak-kanak dan sebagainya.


SENI UKIR
  • Mempunyai hubungan rapat dengan hasil-hasil kerja tangan yang dicipta melalui kepandaian mengukir.
  • Ciri-ciri ukiran dihasilkan melalui ukiran timbul, ukiran terbenam, ukiran tebuk dan ukiran timbus
SENI BATIK
  • Dihasilkan melalui proses menerapkan lilin dan mencelup kain.
  • Pada permulaannya kain putih yang hendak diproses menjadi kain batik itu direbus dan dikeringkan.
  • Kemudian kain batik itu diterapkan dengan blok tembaga yang dicelupkan ke dalam lilin cair yang dipanaskan.
  • Selepas diterapkan kain itu akan diwarnakan dengan cara celupan yang berperingkat–peringkat.
  • Selanjutnya kain itu direbus dan dibasuh sehingga bersih lalu dijemur hingga kering.
TEKATAN
  • Dikenali juga dengan nama suji.
  • Menggunakan kain baldu sebagai kain dasar dan bentuk hiasannya mengambarkan reka bentuk bunga dan pohon–pohon.
  • Digunakan untuk membuat kasut, kipas, muka bantal dan balutan tepak sirih.
  • Dibuat bagi tujuan upacara tertentu seperti dijadikan hiasan pada upacara perkahwinan, upacara berkhatan, pertabalan raja.
SENI ANYAMAN
  • Proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain.
  • Mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan menganyam tikar untuk mengalas tempat duduk.
SENI TEMBIKAR
  • Menggunakan tanah liat yang dibakar dan digilap.
  • Reka bentuknya dicipta berdasarkan fungsi sesuatu barang itu seperti periuk nasi, bekas air, bekas menyimpan makanan seperti jeruk, pekasam dan lain-lain.
  • Perusahaan membuat tembikar secara tradisioanl ini masih dilakukan oleh orang Melayu khususnya di Sayung, Kuala Kangsar, Perak.
SENI KRAFTANGAN
  • Hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati.
  • Memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang teratur.
  • Memerlukan daya estetika.
SENI BINA
  • Lahir daripada bentuk rumah-rumah yang menjadi tempat penginapan orang Melayu.
  • Memperlihatkan wujudnya unsur-unsur seni bina dari daerah-daerah lain di alam Melayu atau dari luar alam melayu.
  • Contoh : rumah-rumah orang Melayu di negeri Sembilan adalah bercorak seni bina rumah Minangkabau.
SENI TEMBAGA
  • Tujuan : mencipta alat-alat daripada tembaga yang cantik dan indah bentuknya.
  • Digunakan dalam upacara-upacara adat khususnya di istana raja-raja Melayu seperti alat-alat pertabalan raja, upacara perkahwinan atau upacara diraja yang lain.
  • Digunakan sebagi hiasan atau perkakasan kegunaan di rumah seperti dulang, tempat letak sireh, sudu, tempat bara, bekas perenjis air mawar.



0 comment... add one now