Teknik - Teknik Bacaan yang perlu anda tahu


Membaca intensif ialah kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara saksama. Ia melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan. Biasanya ia dilakukan berdasarkan petikan yang pendek-pendek untuk mengkaji pola-pola kalimat, latihan kosa kata, diskusi umum dan sebagainya. Teks bacaan yang benar-benar sesuai sahaja yang digunakan, iaitu bacaan yang dipilih secara berhati-hati dengan mengambil kira bentuk dan isinya. Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan intensif ini adalah membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa. Dalam membaca telaah isi, membaca teliti, membaca pemahaman, membaca kritis dan membaca idea sangat dititikberatkan.

Sementara membaca telaah bahasa, aspek-aspek yang berkaitan dengan bahasa, ditegaskan. Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembang kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Ia juga memberi penekanan kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru.

Bacaan Ekstensif

Membaca ekstensif ialah kegiatan membaca secara luas. Objeknya meliputi sebanyak mungkin teks dalam jangka waktu yang singkat. Tujuannya adalah untuk memahami isi-isi penting dengan cepat dan menganjurkan aktiviti membaca yang berkesan. Membaca ekstensif biasanya melibatkan perkara-perkara berikut:
  • membaca tinjauan
  • membaca sekilas
  • membaca dangkal

SKIMMING

Skimming adalah satu kaedah membaca cepat dengan cara mengutip maklumat secara sepintas lalu bagi mendapatkan idea penting. Strategi skimming ini penting kepada pembaca yang hendak membaca banyak bahan dalam jangka masa yang singkat dan hanya memerlukan maklumat penting sahaja. Skimming merupakan proses melihat sepintaslalu atas sesuatu perenggan untuk mendapatkan idea utama.

Langkah-langkah skimming ialah pertama mulakan dengan menyelidiki secara keseluruhan tentang petikan. Carilah maklumat tentang pengarang, tajuk dan maksud keseluruhan tajuk. Kedua iaitu tentukan sumber pilihan supaya anda bersedia dengan sesuatu jenis penulisan seperti hujah, teknikal dan sebagainya. Ketiga ialah bacalah perenggan pertama, walaupun tidak penting tetapi perenggan ini menjadi asas untuk ‘skim’. Setersunya semasa membaca perenggan pertama, cuba cakupkan isu utama dan konteks petikan tersebut. ‘Konteks’ ini bermakna bukan sahaja idea dan perkataan tetapi latar kepada petikan tersebut, seperti bila dan mengapa teks itu ditulis; apakah sikap pengarang dan perkara-perkara yang boleh membantu anda untuk memahami tajuk secara umum dan signifikannya;

Setelah itu, baca ayat pertama dan ayat akhir bagi setiap perenggan iaitu anda akan dapati idea yang penting dan fakta; dan yang terakhir ialah baca perenggan akhir dn teliti – di sini biasanya terdapat unsur-unsur penyimpulan dan rumusan.Perkara penting ialah memahami perhubungan antara idea yang dikemukakan dan selepas itu cuba mengecam maklumat sokongan. Kecepatan membuat skiming ini, berbeza-beza antara seorang dengan seorang yang lain.

SCANNING

Scanning adalah kemahiran atau keupayaan untuk mendapatkan maklumat secara cepat dan untuk mencari jawapan kepada sesuatu soalan atau maklumat secara khusus. Tujuan scanning untuk menentukan sejauh mana kecekapan kita mencari sesuatu maklumat tertentu (bukan menghabiskan bacaan dengan cepat). Kecekapan scanning bergantung kepada penumpuan mental.

Langkah-langkah untuk scanning ialah yang pertama ialah perkara paling penting ialah menentukan maklumat 'apa' yang hendak dicari. Kedua, perhatikan sepintas lalu ke atas bahan dan tumpukan perhatian kepada maklumat yang di cari tanpa mempedulikan perkataan atau angka yang lain.Ketiga ialah untuk mempercepatkan proses scanning, gunakan jari anda dan gerakkan secara cepat ke atas barisan perkataan ketika membaca. Selapas itu, anda boleh gunakan panduan-panduan yang ada seperti tajuk kecil, perkataan yang dihitamkan atau 'italic' yang mudah dilihat. Dan yang terakhir jika anda scan daripada bahan seperti surat khabar, fokus perhatian anda di tengah tengah kolum dan gerakkan mata anda terus ke bawah.

0 comment... add one now