Teknik Teater Pembaca ( Kemahiran Membaca )


Teknik ini melibatkan sekumpulan pelajar yang menghayati dan membaca skrip cerita dengan menggunakan sebutan, nada dan intonasi yang betul bagi menggambarkan sesuatu cerita yang dipersembahkan. Namun, seorang pelajar akan membaca cerita dengan lancar dan nada serta intonasi yang betul. Juga melakukan gerak aksi yang sesuai dengan isi atau suasana cerita.

Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka paling diutamakan bagi membantu pelajar atau penonton memahami dan menghayati cerita tersebut.

Antara langkah melaksanakan teknik ini ialah:-
  • Memilih cerita yang sesuai dengan kebolehan.
  • Plot diperbanyakkan untuk dibahagi kepada pelakon-pelakon.
  • Pelakon-pelakon memahami watak supaya dapat membaca dan beraksi mengikut dialog.
  • Pembaca dapat membaca dengan baik dengan menggunakan nada dan intonasi yang sesuai.
  • Pelakon berbincang untuk mencari penyelarasan semasa persembahan.
  • Guru membimbing pelakon menjayakan lakonan mereka.
  • Pelakon-pelakon melakonkan watak mengikut skrip yang dibaca.
  • Pelajar-pelajar lain diberi tugas-tugas tertentu.
Semoga bermanfaat

0 comment... add one now