Teknik RADAR ( Kaedah Membaca )


Teknik RADAR. RADAR adalah singkatan bagi perkataan yang berikut:-
  •  R (Read) - Membaca.
  •  A (Analogize) - Menganalogi.
  •  D (Discuss) - Berbincang.
  •  A ( Apply) - Mengaplikasi.
  •  R(Review / Research) - Menyemak/ Menyelidik
Teknik Radar direka oleh Martin pada tahun 1983. Teknik ini membolehkan pelajar menghubungkaitkan apa-apa yang diketahui dengan perkara yang baru. RADAR berfungsi untuk mengesan pengetahuan baru dan mengaitkannya dengan pengetahuan yang telah diketahui. Melalui kaedah ini pelajar-pelajar berpeluang untuk membandingkan konsep yang akan dipelajari dengan pengalaman atau pengetahuan sedia ada pada diri mereka sendiri.

Lima langkah RADAR ialah:-

 R – Pelajar dikehendaki membaca petikan serta mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Pelajar juga boleh mendapat maklumat daripada teks yang diberi serta membandingkan dengan maklumat lain.

 A – Pelajar menerangkan bagaimana konsep barang, idea, tempat berhubungkait dan mempunyai persamaan.

 D – Pelajar menyenaraikan persamaan yang terdapat pada barang, idea atau tempat. Guru membantu pelajar membuat perbandingan serta menentukan persamaan yang penting tentang konsep, barang, idea atau tempat.

 A – Bincang secara mendalam tentang dua perkara yang dibandingkan.

 R – Membuat penyelidikan lanjutan tentang apa yang dibincangkan atau merumus semula apa yang telah dibincangkan.

Semoga bermanfaat


0 comment... add one now