Teknik KWLH merupakan teknik pengajaran kemahiran membaca . KWLH adalah merupakan singkatan bagi yang berikut:-
- K (know) - Apa yang telah diketahui (sebelum membaca).
- W (want) - Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca).
- L (learned) - Apa yang telah diketahui (selepas membaca).
- H (how) - Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang berkaitan (untuk
membaca seterusnya).
Melalui Teknik membaca kritis, para pembaca disarankan untuk mengingat dahulu apa yang telah diketahui, membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui, melakukan pembacaan berdasarkan bahan-bahan yang telah dipilih, mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan dan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh sekiranya perlu membuat pembacaan yang seterusnya.
Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa-apa yang dibaca, menentukan apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan menentukan apa lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan. Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borang menggunakan teknik KWLH.