Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
Melalui teknik bercerita, latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Selain itu, penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan pelajar dapat ditingkatkan.
Antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam melaksanakan teknik bercerita ialah:-
- Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita.
- Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dan harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
Teknik bercerita juga turut mempunyai tatacara dalam melaksanakannya. Antara tatacara teknik ini ialah:-
- Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid.
- Sesuaikan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
- Kaji cerita tersebut dan masukkan aspek-aspek bahasa.
- Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
- Lakukan latihan.
- BBM seperti gambar dan objek sebenar boleh digunakan untuk menguatkan penceritaan.
- Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan bahasa yang hendak disampaikan.
Semoga bermanfaat