Seseorang guru mempunyai peranan yang diharapkan oleh masyarakat dan dalam memainkan peranan ini, guru mempunyai tanggungjawap. Guru yang diharapkan bukan sahaja setakat mengajar dan memberikan ilmu pengetahuan tetapi juga memberikan contoh yang boleh menjadi ikutan segala lapisan masyarakat. Dalam mata pelajaran apa sekalipun, seorang guru harus memainkan peranan sebagai pengajar dalam mata pelajaran yang diajar. Antara tugas utama seorang guru pendidikan seni visual sebagai pegajar adalah seorang guru itu harus faham kehendak dan objektif mata pelajaran tersebut. Contohnya seorang guru harus mengetahui tentang silibus dan sukatan pelajaran sebelum mengajar. Ini adalah penting bagi memudahkan seorang guru itu bersedia sebelum memulakan pengajaran.
Selain itu, seorang guru pendidikan seni visual juga perlu memikirkan strategi dan pendekatan pelajaran dengan rapi sebelum melaksanankan aktiviti seni di kelas. Ini adalah kerana guru boleh memberi input dengan lebih berkesan kepada murid-murid. Kurikulum sesuatu pelajaran merupakan himpunan konsep-konsep yang perlu dikuasai oleh murid-murid dengan bimbingan guru. Konsep-konsep tersebut mempunyai beberapa peringkat untuk memudahkan pembelajaran. Murid-murid perlu menguasai peringkat yang lebih rendah dahulu sebelum mengikuti susunan ke satu peringkat kepada satu peringkat yang lebih tinggi. Penyampaian konsep-konspep bagi isi pelajaran memerlukan teknik-teknik yang tertentu. Umpamanya, dalam bidang menggambar, seorang guru pendidikan seni visual haruslah mempunyai pengetahuan akedemik yang baik serta mengetahui kaedah membimbing dan tidak mengelirukan murid sehingga pelajaran tersebut menjadi tidak menarik. Keberkesanan isi pelajaran dapat dilihat melalui sejauh mana murid-murid dapat belajar terutamanya melalui amali seni yang mereka laksanakan.
Selain tu, seorang guru pendidikan seni visual juga harus menjadi perancang utama iaitu sebagai seorang perancang yang cekap untuk menyediakan segala aktiviti pembelajaran dan pengajaran untuk mata pelajaran pendidikan seni visual merangkumi penyediaan bahan dan alatan seni untuk murid-murid. Seorang guru pendidikan seni visual juga harus pandai membuat perancangan setiap tahun,minggu dan harian agar proses pembelajaran dijalankan mengikut silibus dan sukatan pelajaran yang ditetapkan. Didalam sistem pendidikan kita, apa yang hendak diajar tentang sesuatu matapelajaran telah ditentukan didalam sukatan pelajaran untuk masa setahun. Kandungan sukatan pelajaran ini perlu dirancangkan supaya dapat diselesaikan didalam tempoh pengajaran yang ditetapkan di dalam tahun itu.
Selain itu, guru pendidikan seni visual juga memainkan peranan sebagai seorang pembimbing didalam bilik darjah iaitu dengan membimbing murid-murid dalam melakukan aktiviti seni didalam kelas. Selain itu juga, seorang guru tersebut harus menggalakkan murid-murid melibatkan diri sepenuhnya didalam kelas. Didalam proses pengajaran, guru hendaklah melibatkan murid-murid untuk menjadikan mereka aktif dari segi mental pada sepanjang masa dan dari segi jasmani pada sebahagian masa. Walaupun guru aktif dari segi mental dan jasmani di dalam proses pengajaran tetapi ini tidak menjamin murid-murid akan belajar. Di dalam kebanyakan situasi pebelajaran, murid-murid belajar dengan lebih baik lagi jika mereka melakukan aktiviti jasmani sambil menumpukan perhatian kepada aktiviti-aktiviti mental. Umpamanya murid-murid akan lebih cepat mempelajari contohnya dalam bidang menggambar dengan melakukan percubaan berbanding dengan semata-mata mendengar penerangan sahaja. Seterusnya guru tersebut haruslah menolong dan membantu murid-murid dalam melaksanakan aktiviti antaranya ialah membantu mereka bagaimana untuk menguruskan tempat untuk mempamerkan hasil karya murid-murid.
Seterusnya, seorang guru pendidikan seni visual juga harus memainkan peranan sebagai seorang pengurus. Seperti mana yang kita tahu, seorang guru tidak terhad kepada pengurusan kelas dan murid sahaja tetapi seorang guru itu harusah tahu dan mempunyai pengetahuan dalam mengurus bilik pendidikan seni serta bengkel seni. Selain itu juga, guru pendidikan seni juga perlu menguruskan kelab seni dan acara-acara yang berkaitan dengan seni iaitu seperti menganjurkan pertandingan melukis poster,melukis mural, membuat lawatan seni dan macam-macam lagi. Selain itu juga, seorang guru seni juga harus merasai pengalaman lain seperti menjadi guru panatia seni. Ini adalah penting bagi memastikan perjalanan projek seni di sekolah berjalan dengan lancar.
Selain daripada itu, seorang guru pendidikan seni visual juga haruslah memainkan peranan sebagai pengelola. Maksud pengelola disini ialah seorang guru seni itu harus tahu mengelola acara yang berkaitan dengan seni. Seperti yang dinyatakan di atas, guru seni bukan sahaja mengurus kelas tetapi guru seni harus tahu bagaimana untuk membuat kertas kerja, mengurus pertandingan, membuat pameran, memasang ‘backdrop’ dan sebagainya serta memantau aktiviti murid-murid dalam sesuatu program atau bengkel seni
Guru pendidikan seni juga berperanan sebagai pemudahcara. Ini bermaksud seorang guru seni itu harus melicinkan dan menyelaraskan aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah. Di dalam pengajaran, guru perlu menggunakan strategi tertentu, iaitu pendekatan tertentu dengan menggunakan maklumat, pemilihan sumber-sumber, menentukan peranan murid-murid dan amalan yang digunakan bagi mencapai objektif. Apabila guru menentukan strategi pengajarannya, guru akan memilih teknik-teknik yang paling berkesan bagi membantu murid untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Teknik-teknik yang dimaksudkan ialah aturcara dan amalan yang digunakan bagi mencapai objektif misalnya teknik kuliyah, perbincangan,pengemukaan alat pandang dengar, penyediaan laporan dan sebagainya. Kesemua teknik yang digunakan oleh guru ini akan merangsangkan pembelajaran.
Yang terakhir ialah, guru seni memainkan peranan sebagai seorang invator. Ini bermakna seorang guru seni haruslah mempunyai keupayaan inovasi dan daya kreatif yang tinggi agar dapat menjadikan pengajaran pendidikan seni visual menjadi lebih menarik. Selain itu, guru seni juga perlu memberi idea kepada murid-murid untuk menghasilkan karya seterusnya memperkembangkan daya kreativit murid-murid.
Secara kesimpulan, guru seni amat penting untuk memperkembangkan bakat murid-murid secara mental dan jasmani. Ini adalah bertujuan menyahut tujuan Falsafah Pendidikan Negara bagi melahirkan murid yang seimbang dari segi rohani,jasmani,intelek,sosial dan emosi. Guru seni sebagai pemimbing juga haruslah menunjukan sifat sahsiah yang digemari murid-murid akan memberi rangsangan yang memudahkan guru itu memberikan kesan kepada murid-murid.