Jenis Pegerakan Asas ( lokomotor dan bukan lokomotor )



Pergerakan terdiri daripada dua iaitu pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor . Secara ringkas , pergerakan lokomotor  adalah melibatkan pergerakan cthnya berjalan , melompat , zip zap , dan lain-lain , manakala bukan lokomotor adalah pergerakan statik atau setempat.

PERGERAKAN LOKOMOTOR

    Pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Ia boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor Beritma Tidak Sekata. Kemahiran ini mengandungi lapan pergerakan iaitu lima pergerakan Beritma Sekata dan tiga pergerakan  Beritma Tidak Sekata.

      Pergerakan lokomotor merupakan pergerakan yang melibatkan otot-otot kasar seperti melompat, berjalan, berlari dan sebagainya. Pergerakan lokomotor berkait rapat dengan aliran yang akan menentukan kejelasan dalam persembahan yang dilakukan. Pergerakan lokomotor bermakna cara bagaimana kita membawa badan dari satu arah ke satu arah yang lain. Keupayaan kanak-kanak memupuk kemahiran pergerakan yang lebih kompleks terletak kepada pemupukan kemahiran-kemahiran seperti berjalan, berlari, melonjak, melompat, dan sebagainya.

      Semasa melakukan pergerakan lokomotor ini, badan akan mencuba pelbagai cara untuk menghasilkan pergerakan dan untuk membawa kita ke mana-mana destinasi yang melibatkan arah, haluan, dan masa. Contohnya, arah mungkin ke hadapan, belakang, atas, bawah, kiri, atau kanan manakala haluan pula mungkin lurus, atau bengkang-bengkok. Bagi masa pula, bermaksud masa yang diambil untuk melakukan pergerakan sama ada pergerakan cepat, pergerakan tiba-tiba, atau pergerakan terkawal

PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR 

Pergerakan Bukan Lokomotor mudah ditakrifkan dengan pergerakan statik atau setempat. Ia melibatkan pergerakan yang tidak mengubah dasar pelaku pergerakan. Pergerakan-pergerakan yang memerlukan kestabilan adalah seperti berikut:
                   
Aktiviti-aktiviti MERINGKUK & MEREGANG
  • Meringkuk dan meregangkan badan sambil baring sisi di atas lantai.
  • Meringkuk dan meregangkan badan sambil duduk di atas lantai, bangku panjang atau peralatan berat lain.
  • Meringkuk dan meregangkan badan ke depan, ke belakang dan ke sisi sambil melutut di atas lantai, bangku panjang, atau peralatan berat lain.
  • Meringkuk dan meregangkan badan sambil berdiri di atas lantai, bangku panjang, atau peralatan berat lain.
dan banyak lagi .

0 comment... add one now