Konsep Teks ( Nota Lengkap )

TEKS sering kali dikaitakan dengan tulisan , hari ini marilah kita mengenal dan memahami apa yang pelru kita faham tentang "teks"

Teks adalah sejenis data yang paling mudah dan memerlukan storan yang sedikit jumlah ruang ingatan sahaja. Teks boleh digunakan dalam pelbagai sub bidang untuk memberi penjelasan kepada sesuatu perkara dalam bentuk bacaan. Keberkesanannya ialah untuk memperkukuhkan media-media lain. 

Berkesan jika penggunanya pakar dan berpengetahuan tinggi berhubung dengan maklumat yang ingin diperolehi kerana mereka berupaya memproses maklumat lebih pantas dan berstrategi melalui media ini berbanding dengan audio mahupun video. Menurut Rockley (1994); walaupun manusia mungkin mendapati media-media lain lebih berkesan untuk memahami sesuatu proses, ianya mungkin sukar untuk memperoleh langkah-langkah khusus untuk sesuatu proses tanpa penggunaan teks.

Perisian pemprosesan perkataan seperti Microsoft Word dan Word Perfect sudah cukup untuk proses pembangunan teks aplikasi multimedia kerana ia boleh disalin dan digunakan di dalam perisian pembangunan multimedia.  Namun beberapa perisian seperti Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Macromedia Freehand, Corel Draw dan Fontgrapher boleh digunakan mereka bentuk teks supaya kelihatan lebih menarik dengan warna, latar belakang dan animasi. Berikut adalah pengenalan kepada teks dan paduan pengunaan teks dalam multimedia.

a)        Font dan Faces

Typeface merupakan sekumpulan aksara grafik yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan saiz.  Font adalah koleksi aksara yang mempunyai gaya serupa yang dimiliki oleh sekumpulan typeface.  Gaya font seperti bold, italic, underline dan sebagainya. Saiz font pula adalah ukuran ketinggian menegak atau kelebaran melintang sesuatu font.

Terdapat tiga kategori typeface utama iaitu serif, sans serif dan dekoratif. Serif merujuk kepada garisan atau lengkungan yang terdapat pada penghujung aksara. Contoh font jenis ini seperti Times New Roman, New Century, SchoolBook dan Palatino.  Sans serif pula bermakna font yang tidak mempunyai garisan atau lengkung pada penghujung aksara.  Arial, Helvetica dan Optima merupakan font jenis ini. Font jenis serif digunakan untuk badan teks kerana ia membantu mata pembaca sepanjang garis pembacaan kesan daripada garisan dan lengkung yang terdapat pada penghujung aksara. Manakala font sans serif digunakan untuk tajuk utama dan pernyataan yang ditekankan. Dekoratif pula kepada font yang mempunyai unsur-unsur sastera lama dan berbunga- bunga.

b)        Penggunaan Teks Dalam Multimedia

Teks dalam multimedia memerlukan garis panduan supaya penggunaan yang optimum dalam menyampaikan maklumat dengan berkesan. Beberapa penggunaan teks seperti menu untuk navigasi, butang untuk interaksi, simbol dan ikon.

Menu digunakan untuk menjelajah ke dalam sistem dengan menekankan kekunci, mengklik tetikus atau menyentuh skrin.  Penggunaan teks dalam menu perlu konsisten secara keseluruhan dan elakkan perkataan yang hampir sama seperti keluar dengan tutup, kerana boleh menyebabkan kekeliruan pada pengguna.  Penggunaan font dalam butang menerangkan fungsi butang.  Maka font tersebut perlu diletakkan pada ruang imej butang yang mencukupi.  Penggunaan perkataan perlu mempunyai maksud yang selari dengan fungsi butang apabila ia ditekan.

Tidak dapat dinafikan teks lebih efisyen daripada imej dan gambar untuk menyampaikan maklumat.  Tetapi kadang-kala gambar, ikon, simbol, imej bergerak dan bunyi lebih kekal dalam ingatan, maka dengan menggunakan multimedia gabungan kesemua media boleh meningkatkan kesan dan nilai kepada maklumat yang ingin disampaikan. Gunakan simbol yang biasa dilihat dan digunakan dalam pembangunan perisian atau jika menggunakan simbol yang baru pastikan ada perkataan yang keluar semasa penunjuk berada di simbol tersebut.  Ini bertujuan bagi memudahkan pengguna yang tidak biasa menggunakan perisian tersebut.


Berikut merupakan beberapa garis panduan dan perkara yang perlu diambil perhatian semasa menggunakan teks:
  • Gunakan font yang mudah dibaca untuk tulisan yang kecil dan elakkan penggunaan font jenis dekoratif.
  • Gunakan bentuk font yang minima tetapi pelbagaikan saiz dengan menggunakan italic dan bold.
  • Elakkan penggunaan langkau yang kecil kerana tulisan akan menjadi padat dan sukar untuk dibaca.
  • Tulisan tajuk utama yang bersaiz besar, memerlukan pelarasan jarak yang betul untuk mengelakkan tulisan kelihatan renggang.
  • Tulisan yang memerlukan penekanan idea, lengkapkan dengan kesan seperti warna tulisan dan warna latar belakang.
  • Gunakan blok teks yang minimum apabila jenis centered digunakan.
  • Gunakan perkataan yang ringkas dan padat dalam menyampaikan maklumat yang dikehendaki.
     

0 comment... add one now