Luangkan masa sedikit untuk membaca tentang konsep Web , ini kerana setiap hari kita melayari internet , bagi saya ianya wajib dalam setiap hari :P
World Wide Web (WWW) merupakan sistem rangkaian hiperteks yang membolehkan maklumat dikongsi melalui internet. Semasa web bermula, ianya hanya melibatkan teks semata-mata. Namun pada masa kini dengan perkembangan teknologi, antara muka yang melibatkan grafik ditambah dengan penggunaan audio dan video telah menjadikan web sebagai saluran yang cukup popular untuk berkongsi maklumat di internet.
Konsep Asas Pembinaan Laman Web
Sesebuah laman web dibina dengan menggunakan kod atau bahasa yang dikenali sebagai Hypertext Markup Language atau HTML. Pada peringkat awalnya pembangun u halaman web perlu mengingati kod-kod tertentu bagi membolehkan teks ,grafik dan sebagainya dipaparkan dalam laman tersebut. Namun, perkembangan teknologi perisian kini telah membolehkan pembangunan laman web berasaskan WYSIWYG (What You See Is What You Get) dimana semasa proses pembinaan tersebut, pembina hanya perlu memasukkan bahan-bahan sama ada teks, grafik, audio, video dan sebagainya ke dalam laman dan segala kod-kod akan dibina secara automatik oleh perisian-perisian tersebut.
Penggunaan Laman Web Sekolah
Teknologi Internet juga mampu menyediakan kemudahan kepada para guru dan pelajar untuk mengambil bahagian di dalam pelbagai aktiviti seperti pembangunan laman Web di setiap sekolah. Sudah ramai yang memperakui bahawa tapak-tapak Web boleh dijadikan sebagai saluran berkesan untuk mewartakan segala kegiatan yang dilaksanakan di sekolah-sekolah kepada para pelajar dan guru sekolah tersebut. Di samping itu laman Web tersebut juga boleh diakses oleh para pelajar, guru-guru dan pihak lain yang berminat dari seluruh negara. Jika kemudahan ini diperluaskan lagi, ibu bapa hanya perlu melanggani laman Web tersebut untuk
mengetahui segala perkembangan bidang akademik atau ko-kurikulum anak-anak mereka tanpa berkunjung ke sekolah. Ibu bapa juga dapat menghubungi guru melalui e-mel yang didapati dari laman Web yang dikunjungi. Secara tidak langsung, hubungan ibu bapa dengan pihak sekolah dapat ditingkatkan. Oleh yang demikian, masalah-maslah disiplin pelajar yang memerlukan kerjasama antara pihak sekolah dengan mudahnya dapat ditangani. Ibu bapa tidak ada lagi alasan bahawa mereka sibuk dan tidak dapat berkunjung ke sekolah untuk berbincang tentang hal-hal anak-anak mereka. Guru mempunyai satu alternaltif lagi untuk berjumpa dengan ibubapa anak muridnya.
Perkongsian Maklumat dengan Internet
Projek Jaringan Pendidikan (JP) di bawah kelolaan makmal Teknologi Komputer, Kementerian Pendidikan dan MIMOS merupakan satu usaha penting yang menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada pelajar dan pendidik. Projek ini merupakan salah satu aktiviti dalam program Komputer Dalam Pendidikan oleh Kementerian Pendidikan. Matlamat utama kewujudan projek ini adalah untuk mewujudkan perkongsian maklumat serta sekolah yang kaya dengan maklumat dan seterusnya meningkatkan mutu pendidikan bertaraf dunia.
Menerusi projek ini, guru boleh memasukkan aktiviti-aktiviti kreatif dan inovatif yang berasaskan teknologi maklumat. Di dalam projek ini juga, terdapat kemudahan ‘mailing list’ (kumpulan perbincangan berasaskan topik yang menggunakan e-mel sebagai kaedah komunikasi) yang menyediakan kemudahan ‘listserv’ atau senarai perkhidmatan dan terdapat lebih 3000 ‘listserv’ di dalam Internet yang boleh difikirkan oleh manusia (Jamaludin Badusah et. al 2000).
Sebelum merekabentuk laman web, seseorang pembangun perlu mengenalpasti jenis laman web yang ingin dibangunkan. Berikut disenaraikan beberapa jenis kategori laman web.
Komersil
Laman web komersil ialah laman web yang menjual sesuatu barangan. Barangan yang dijual boleh jadi dalam bentuk produk atau perkhidmatan. Biasanya laman jenis ini tidak menjana pendapatan melalui iklan.
Bisnes
Laman web jenis ini menyediakan bantuan dan sokongan perniagaan. Web sokongan teknikal juga termasuk dalam kategori ini.
Informasi
Laman web yang banyak memberikan informasi dan maklumat. Umumnya laman web jenis ini tidak menjual apa-apa produk, kalau ada pun tidak dibuat secara langsung. Biasanya laman-laman web jenis ini akan disokong oleh iklan.
Hiburan
Laman web gua.com.my adalah salah satu contoh laman web yang berorientasikan hiburan.
Percuma
Laman yang menawarkan barangan atau perkhidmatan percuma. Contohnya laman web yang menyediakan tool-tool untuk kegunaan webmaster seperti PR Checker, URL Submission dan sebagainya.
Buat Duit
Laman web jenis ini biasanya dibina dalam bentuk satu halaman ringkas tetapi padat dengan program-program seperti pay-to-surf dan sebagainya selain mempromosikan program-program pemasaran bertingkat.
Skim Cepat Kaya
Laman web ini biasanya menawarkan hadiah-hadiah lumayan sekiranya anda memenuhi syarat-syarat tertentu. Laman-laman seperti ini akan menawarkan tawaran yang menarik bagi mengabui mata pengguna. Ada juga yang membuat janji tidak masuk akal seperti "siapa masuk dulu akan untung selamanya".
Laman Web Peribadi
Jenis laman web kegemaran ramai. Laman web jenis ini mengandungi maklumat-maklumat peribadi mengenai seseorang, cerita kisah silam, pengalaman, zaman persekolahan, dan pelbagai cerita-cerita yang ditulis pemilik web untuk tatapan umum.
Blog Peribadi
Sebuah jurnal peribadi yang paling popular, diari dalam talian ini bakal menggantikan laman web peribadi. Tidak seperti laman web peribadi, blog biasanya dikemaskini dengan lebih kerap, dan menggunakan template dan hos pihak ketiga.