Konsep Grafik ( Nota Lengkap )

Setiap hari dalam kehidupan diwarnai grafik , adalah anda tahu apa yang diperkatakan grafik ? marilah kita sama-sama membaca dan memahami , semoga ilmu yang diberikan bermanfaat .

Grafik boleh didefinisikan sebagai sebuah lukisan, pencetakan, gambar atau huruf dengan menggunakan pelbagai media samada secara manual atau menggunakan teknologi komputer. Seni grafik berkomputer digunakan secara meluas dalam dunia kejuruteraan, industri berat, animasi dan perfileman. Teknik ini dapat menampakkan atau menvisualkan sesuatu imaginasi seseorang pada skrin komputer.

Grafik sebenarnya mempergunakan media statik dengan memperkembangkan keupayaan teks, ilustrasi dan gambar foto. Penambahan dimensi masa yang bergantung kepada berapa lama masa diambil oleh pengguna sebagai sebahagian daripada perolehan pengalaman maklumat yang diinginkan. Menurut Linstrom, 1994; Ilustrasi dan gambar berupaya ‘bercerita’, menarik perhatian dan mengambarkan orang, tempat atau benda. Menurut Linstrom lagi, 1994; Carta, graf ataupun rajah menyediakan dimensi maklumat kepelbagai secara visual. Menurut Rockley, 1994; Grafik menunjukkan maklumat terperinci bergambar dan berfungsi sebagai ikon yang mewakili sesuatu.

A)    Kategori Grafik
Grafik boleh dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu vektor dan bitmap:
  • Imej Vektor
Imej vektor juga dikenali sebagai imej jenis lukisan atau imej berasaskan objek.  Ianya merujuk kepada sebarang imej yang dihasilkan menggunakan teknologi berkomputer menggunakan perisian-perisian tertentu.  Imej vektor diwakili dalam bentuk geometrik yang dibina daripada garisan lurus, oval, lengkungan, bulatan dan sebagainya.

Apabila sesuatu imej vektor dibina, satu set arahan akan dibentuk bagi menerangkan saiz, kedudukan dan bentuk imej tersebut.  Oleh kerana terdapat set arahan ini maka pengubahsuaian dan manipulasi imej dapat dilakukan tanpa menjejas

kualiti imej vektor tersebut.  Imej vektor tidak memerlukan ruang ingatan yang besar memandangkan data bagi imej tersebut merupakan arahan lakaran.  Namun semakin kompleks imej yang dilukis maka semakin besar saiz fail dan semakin lambat untuk ia dipaparkan di skrin.  Antara kelemahan penggunaan imej jenis ini adalah imej yang dihasilkan adalah kurang realistik ataupun kurang memenuhi ciri-ciri objek sebenar, di samping memerlukan kepakaran dalam grafik berkomputer untuk menghasilkan imej vektor yang berkualiti.

Imej vektor sering digunakan bagi menyimpan fail-fail dalam bentuk Clip Art untuk kegunaan pejabat dan komersial.  Ia juga digunakan dalam bidang teknikal seperti Computer Aided Design (CAD), pemodelan saintifik, seni bina, senireka dan sebagainya. Imej vektor boleh dihasilkan menggunakan perisian-perisian grafik seperti Macromedia Free Hand, Adobe Illustrator, AutoCad, Corel Draw dan sebagainya.
  • Imej Bitmap
Imej Bitmap juga dikenali sebagai imej raster.  Imej ini diwakili oleh satu susunan titik-titik yang dikenali sebagai piksel bit.  Maklumat imej disimpan dalam bentuk matrik mudah yang menerangkan setiap piksel.

Setiap piksel pada skrin diwakili oleh 1 bit (0 atau1) di dalam ingatan komputer. Setiap piksel boleh diwakili oleh 4 bit, 8 bit, 16 bit, 24 bit dan sebagainya.  Semakin besar bilangan bit maka semakin banyak warna yang diwakili sebagai contoh 8 bit mengandungi 256 warna.  Imej bitmap ini dihasilkan dari sumber, kemudian akan diterjemahkan ke dalam bentuk digital oleh peranti seperti pengimbas, kamera digital dan sebagainya.  Terdapat tiga kaedah untuk menghasilkan imej jenis bitmap iaitu:

•       Menggunakan Program Lukisan berasaskan komputer.
•       Menggunakan kaedah menangkap imej terus dari skrin.
•       Menggunakan pengimbas, kamera digital atau kad video.

Kualiti sesebuah imej bitmap bergantung kepada nilai piksel, semakin tinggi nilai piksel se sebuah imej bagi satu unit lokasi maka semakin baik resolusi dan semakin jelas imej tersebut.  Contohnya, imej adalah lebih baik menggunakan resolusi 1024 x N768 berbanding 640 x 480.  Kualiti imej bitmap juga bergantung kepada jumlah warna yang mampu dipaparkan.  Ini bermakna piksel yang diwakili oleh bilangan bit yangbesar akan menghasilkan imej yang baik.  Contohnya piksel yang diwakili 24 bit mampu memaparkan kira-kira 16.7 juta warna.

Imej bitmap sesuai digunakan sekiranya memerlukan imej yang berkualiti seperti mana di dalam kehidupan sebenar.  Bitmap mampu menyimpan sejumlah besar maklumat mengenai imej dan ia boleh diubahsuai sehingga mengubah warna bagi setiap piksel pada imej tersebut. Antara perisian grafik yang popular digunakan bagi mengubah atau meminda imej jenis ini ialah Adobe Photoshop, Macromedia, X-Res dan Painter.

Kelemahan imej bitmap adalah imej ini bergantung kepada resolusi.  Imej yang terhasil daripada proses pengecilan atau pembesaran saiz ini akan kelihatan kabur, bergerigi serta mempunyai hujung yang tidak rata.  Imej bitmap memerlukan ingatan komputer yang tinggi kerana nilai bagi setiap piksel secara individu perlu disimpan di dalam ingatan komputer.
  • Kualiti Grafik
Kualiti grafik bergantung kepada tiga faktor iaitu saiz imej, kedalaman warna dan resolusi.

•       Saiz Imej
Saiz imej diukur dalam ukuran dot atau piksel.  Saiz imej juga akan menentukan bentuk paparan serta masa yang diperlukan oleh se sebuah imej itu untuk muncul di paparan.  Saiz imej perlu bersesuaian dengan resolusi bagi mendapatkan kualiti yang baik.  Sebagai contoh, imej yang bersaiz 320x240 piksel akan memenuhi ruang sekitar 20% daripada keseluruhan skrin se sebuah komputer yang ditetapkan pada resolusi 640 x 480.

•       Kedalaman Warna


Kedalaman warna merujuk kepada julat warna yang wujud dalam piksel tersebut atau berapa banyak warna yang berbeza wujud dalam imej tersebut.  Semakin tinggi kedalaman warna bermakna semakin banyak warna yang terlibat dalam pembentukan imej maka semakin berkualiti imej tersebut.  Contohnya, imej yang menggunakan 2 bit hanya mempunyai 2 warna sahaja tetapi imej yang menggunakan 24 bit mempunyai 16777216 warna.

•       Resolusi

Resolusi se sebuah imej merujuk kepada jumlah titik (dot) bagi setiap inci (dot per inch: dpi).  Resolusi ditentukan oleh beberapa faktor antaranya, perkakasan yang digunakan untuk menghasilkan imej tersebut. Resolusi pada skrin paparan juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan kualiti imej.  Ia biasanya diukur oleh nombor piksel secara melintang dan menegak, sebagai contoh 640 x 480.( 640 - bilangan piksel melintang dan 480- bilangan piksel menegak).  Semakin tinggi resolusi se sebuah skrin maka semakin tajam atau jelas se sebuah imej yang dipaparkan.
  • Piawaian Grafik
Piawaian atau format fail bagi se sebuah imej atau grafik menentukan kualiti imej, saiz fail serta tujuan penggunaan se sebuah imej.  Setiap piawaian mempunyai ciri-ciri kelebihan serta kelemahan yang tersendiri.  Contoh format fail grafik yang biasa digunakan Bitmap (BMP), Joint Photographic Expert (JPEG) dan Graphic Interchange Format (GIF).

•       Bitmap (BMP)

BMP merupakan antara fail format yang paling lama sejak kemunculan sistem pengoperasian Windows 3.0.  Kebanyakan perisian grafik yang asas boleh menerima format fail.  Ia sesuai untuk menyimpan grafik dalam kualiti yang tinggi namun mempunyai saiz fail yang agak besar.

•       Joint Photographic Expert (JPEG)


JPEG merupakan mekanisme pemadatan fail kerana mampu memadatkan fail sehingga 1/120 daripada saiz asal.  Ia sesuai untuk memadatkan gambar foto, kerja seni semulajadi dan sebagainya.  Namun ia kurang sesuai untuk huruf atau aksara mahupun kerja-kerja melibatkan lakaran.

•       Graphic Interchange Format (GIF)


Ia sering digunakan bagi pemindahan atau pertukaran imej bitmap menerusi talian atau secara on-line dan ia tidak bergantung kepada perkakasan pembangunan ataupun persembahan yang digunakan.  GIF sesuai digunakan dalam pembangunan halaman web kerana ianya menawarkan saiz fail yang lebih kecil.




1 comment... add one now