Kadar Perkembangan fizikal kanak-kanak mempengaruhi perkembangan intelektualnya. Kajian menunjukkan bahawa dengan memulakan perkembangan fizikal pada peringkat awal umur kanak-kanak, perkembangan intelektual akan turut bermula pada peringkat yang sama. Aktiviti-aktiviti fizikal telah dikenalpasti dapat mempengaruhi bahagian otak yang mengawal koordinasi dan kawalan badan secara langsung. Pergerakan-pergerakan asas dalam aktiviti fizikal membolehkan kanak-kanak melatih kekuatan badan di samping menyelaraskan perkembangan anggota badan yang ringkas melalui pergerakan-pergerakan yang mudah dipelajari.
Ia merupakan cara utama dalam mempraktikkan perkembangan fizikal dan rohani seseorang kanak-kanak. Melalui aktiviti fizikal yang melibatkan pergerakan-pergerakan asas, ia dapat membantu kanak-kanak membentuk watak yang baik dan memupuk gaya pergerakan yang tepat, menyelaras kebolehan bertindak dengan cepat, mempertingkatkan kualiti badan seperti kekuatan, kelenturan, kestabilan, kelajuan dan sebagainya. Semua ini akan dapat memupuk asas kemahiran dan kebolehan yang kukuh bagi kanak-kanak kelak.
Pergerakan asas merupakan salah satu tunjang utama kemahiran di dalam Pendidikan Jasmani. Ia dilaksanakan pada peringkat permulaan iaitu tahap satu dan merupakan asas kepada semua kemahiran pada masa akan datang. Pergerakan asas boleh ditakrifkan sebagai aktiviti yang dihasilkan pelaku untuk menguji kebolehan mereka mengawal pergerakan-pergerakan badan (Susan Capel-1986). Gallahue (1996), menegaskan bahawa Pend. Jasmani meluangkan sebahagian otot besar yang mendorong dan membangunkan ‘belajar untuk bergerak’ dan ‘belajar melalui pergerakan’.

Menurut beberapa pakar dalam bidang pendidikan jasmani seperti Gallahue, D.L. (1996) dan Gabbard, C. , LeBlanc, B. dan Lowy, S. (1994) serta Burton (1977), pergerakan asas terdiri daripada tiga aspek pergerakan iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor serta manipulasi alatan. Kesemua jenis pergerakan ini boleh dilakukan sama ada secara individu, berpasangan atau berkumpulan. Pergerakan yang dihasilkan oleh pelaku adalah untuk menguji keupayaan mereka untuk mengawal pergerakan badan selari dengan kuasa graviti dalam suasana yang sengaja dipilih oleh pelaku