Nota Kepedulian Guru ( Edu3083 )

“Tidak ada seorang pun yang peduli dengan saya” 
merupakan keluhan pelajar terhadap guru disekolah


Mengikut Hall,George, dan Rutherford (1977) kepedulian didefinisikan sebagai perwakilan komposit perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi terhadap sesuatu isu atau tugas.  Gabungan perasaan, pemikiran & perhatian yang diberi oleh guru terhadap isu yang dihadapi semasa melaksanakant ugas.

  • Dari segi moral, pendekatan kepedulian merupakan kesanggupan seseorang untuk berkorban demi orang lain.
  • Kepedulian, atau dalam istilah yang lain ialah ‘ambil peduli’, ‘mengambil berat’ dan ‘menyayangi’, yang melibatkan responsif sensitif terhadap orang lain berdasarkan sikap keterbukaan dan perhatian terhadap pengalaman mereka.
4 komponen penting dalam pendekatan ini

1- Modeling
  •  Komponen ini adalah penting dalam menunjukkan bagaimana kita mengambil berat terhadap orang tersayang, iaitu murid kita.
  • Oleh itu, guru perlu menunjukkan kepada murid bagaimana untuk mengambil berat dan menyayangi dengan cara membuat hubungan yang baik terhadap mereka.
  • Sikap guru sedemikian akan dijadikan contoh oleh murid lain di kelas itu.
    Mereka juga sudah tentu akan lebih menyayangi dan mengambil berat perihal rakan sekelas.
  • Keadaan seumpama ini sudah tentu akan dapat menjalinkan hubungan rapat antara guru dan murid.
2- Dialog
  • Komponen ini bukan sahaja hanya melibatkan percakapan atau perbualan semata-mata, tetapi ianya mempunyai pembuka dan penutup, di mana kedua-dua pihak mengetahui keputusan atau matlamat yang akan dicapai melalui aktiviti berdialog.
  • Ia memberikan murid peluang untuk bertanya dan membantu kedua-dua pihak mencapai keputusan yang seimbang dan dipersetujui.

3- Praktis
  • Pertanyaan guru dan maklum balas murid itu merupakan salah satu praktis.
  • Praktis yang dilakukan secara bersungguh-sungguh juga akan dapat menggalakkan hubungan baik antara guru dan murid.
     
4- Kepastian
  • Sebagai contoh, jika guru tahu bahawa minat murid-murid di kelas berkenaan adalah lebih kepada belajar menggunakan teknologi maklumat, misalnya komputer, guru perlu menggalakkan aktiviti tersebut.
  • Langkah guru ini sudah tentu akan mewujudkan rasa penghargaan di kalangan murid-murid dan mereka sudah tentu akan melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran guru.
Anda boleh muat turun slide dibawah , slide dibawah hasil pembentangan masa zaman saya di IPG. silalah sedut dan ubah mana yang silap 

Nota Kepedulian Guru ( Edu3083 )

0 comment... add one now