Murid Lelaki Tertusuk Gunting di Muka

Hari ini , cikgu bbm dikhabarkan murid di salah sebuah sekolah di kota Samarahan cedera akibat tertusuk gunting di mukanya , berikut merupakan berita mengenainya :




Kota Samarahan : Murid lelaki cedera tertusuk gunting di muka dalam kejadian di kantin sekolah di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 10 pagi itu, muka Faiz Kamirin, 10, tertusuk gunting yang dimain rakannya ketika makan di kantin sekolah.

Sumber berkata, ketika kejadian rakan mangsa yang bermain gunting secara tidak sengaja sehingga tertusuk di kiri muka hanya beberapa inci dari mata.

"Rakan mangsa kemudian memaklumkan mengenai kejadian itu kepada guru sekolah dan dibawa ke Pusat Jantung Samarahan.

"Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut," katanya.

Setakat ini, difahamkan mangsa masih di hospital, namun gunting itu sudah berjaya dikeluarkan.



gambar dari Hmetro

0 comment... add one now