Perkongsian info tentang biodata atau maklumat peribadi Datuk Seri Mahdzir Khalid , mari kita sama-sama baca dan mengenali beliau , admin berharap beliau dapat memberi sumbangan yang bermakna untuk negara kita dan memperbaiki segala kelemahan yang ada khususnya dalam bidang pendidikan .
Maklumat Peribadi dan Biodata Datuk Seri Mahdzir Khalid Menteri Pendidikan Malaysia. Dato' Seri DiRaja Mahdzir Bin Khalid telah dilantik sebagai Menteri Pendidikan Malaysia dalam Barisan Kabinet Datuk Seri Najib Razak (rombakan kabinet 2015) menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sebelum dilantik menjadi Menteri Pendidikan Malaysia, Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid adalah Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (16 Mei 2013 – 29 Julai 2015)
Nama Penuh: Mahdzir Bin Khalid
Tarikh Lahir: 15 Disember 1960
Tempat Lahir: Kampung Atong, Mukim Jabi, Pokok Sena, Kedah
Nama Isteri: Noraini binti Abdullah
Anak-Anak: 4 Orang Anak
Menteri Pendidikan Malaysia
Yang Berhormat Dato' Seri DiRaja Mahdzir Bin Khalid
Jabatan
Pejabat Kementerian Pendidikan malaysia
Latar Belakang Pendidikan
Kelulusan Pendidikan B.A (Hons) Jurusan Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (1984). Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jabi, Pokok Sena den meneruskan pengajian menengah di SMK Pokok Sena dan SMK Dato’ Syed Omar, Alor Star, Kedah. Beliau membuktikan keupayaan sebagai pelajar yang cemerlang apabila terpilih melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia mulai tahun 1979 hingga 1983 dan berjaya mendapat Ijazah B.A (Hons). Semasa di kampus USM, bakat kepimpinan beliau mula terserlah apabila terpilih sebagai Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM (1981-1982).
Kurniaan dan Pangkat

- Dato' Seri Mahawangsa (Orang Besar Lapan Istana) Mei 2008
- Dato' Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P) - Dato' Mei 2008
- Dato' Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (S.H.M.S) - Dato' Seri Diraja Januari 2008
- Jaksa Pendamai (J.P) Januari 2007
- Seri Setia Diraja Kedah (S.S.D.K) - Dato' Seri Januari 2006
- Bakti Khidmat Masyarakat (B.K.M) 1996
Sejarah dan Kerjaya
Setelah menamatkan pengajian, beliau terus berbakti kepada rakyat sebagai pegawai pendidikan di Negeri Sabah sehinggalah beliau dilantik sebagai Pengetua SMK Gadong, Beaufort, Sabah. Komitmen yang jitu dan berprestasi tinggi beliau dalam perkhidmatan pendidikan itu dikesani oleh kepimpinan negeri. Ini membawa beliau untuk berkhidmat dengan Menteri Besar Kedah Darul Aman ketika itu Dato' Seri Amar DiRaja Tan Sri Dato' Seri Osman bin Haji Aroff sebagai Pegawai Khas (Pembangunan) mulai tahun 1993 hingga 1996. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Seranta, Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi mulai tahun 1998 hingga tahun 2000. Sepanjang tempoh bertugas di koridor kepimpinan Kerajaan Negeri den Agensi Persekutuan ini, beliau dapat menyelami kehidupan rakyat dan masa depan negeri Kedah Darul Aman. Kewibawaan beliau terus menyerlah apabila dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia mulai tahun 2000 hingga Mac 2004.

- Menteri Pendidikan Julai 2015 - hingga kini
- Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air Mei 2013 - Julai 2015
- Timbalan Pengerusi Penggalakan Pelancongan Malaysia (Kementerian Pelancongan Malaysia) 2008 - 2013
- Pengerusi MADA, Kedah Darul Aman 2006 - 2013
- Pengerusi KEDA, Kedah Darul Aman 2006 - 2009
- Menteri Besar Kedah 28 Dis 2005 - 31 Mac 2008
- Pemangku Menteri Besar Kedah 17 Jul 2005 - 27 Dis 2005
- Setiausaha Politik kepada YAB. Timbalan Perdana Menteri Malaysia 2000 - 2004
- Pengarah Seranta, Kementerian Tanah & Pembangunan Koperasi Malaysia 1998 - 2000
- Pegawai Khas kepada YAB. Menteri Besar Kedah 1993 - 1996
- Pengetua, Sek. Men. Kebangsaan Gadong, Beaufort, Sabah 1990 - 1993
- Pegawai Pendidikan 1984 - 1990
- Politik Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia 2008 - Kini
- Ketua UMNO Bahagian Padang Terap 2008 - Kini
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (Dun Pedu) 2004 - 2013
- Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah 2006 - 2009
- Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap 2004 - 2008
Kehidupan Awal Mahdzir Khalid
Dato' Seri Diraja Mahdzir Bin Khalid adalah anak sulong dari empat orang adik beradik. Beliau merupakan anak pasangan petani, Allahyarham Encik Khalid bin Yaakob dan Puan Che Dah binti Yaakob. Dilahirkan pada hari Khamis 25 Jamadil Akhir 1380 bersamaan 15 Disember 1960 di Kg. Jabi, Pokok Sena, Kedah Darul Aman.
Maklumat Keluarga Mahdzir Bin Khalid
Hasil dari perkongsian hidup dengan isteri yang tercinta, Datin Seri Diraja Noraini binti Abdullah, yang juga seorang guru, mereka telah dikurniakan Allah dengan empat orang anak. Anak sulongnya, Sift Hajar seorang akuntan di Kuala Lumpur. Anak-anak yang lain adalah Mohd. Saddam Pilot, Mahd. Sallehuddin masih belajar di Australia dan Mahani mahasiswi di Kuala Lumpur.

kredit : memoirinsan