Konsep Peristilahan ( Nota Ringkas )


Peristilahan merupakan satu proses pembentukan dan penghasilan istilah untuk memenuhi keperluan sesuatu bahasa. Peristilahan dilakukan untuk menambah kosa kata ke dalam sesuatu bahasa yang sebelumnya tidak mempunyai takrifan setara di dalam bahasa itu dengan bahasa lainnya.

    Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007), istilah ialah kata, gabungan kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam sesuatu bidang ilmu atau profesyen. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya. Tambahan lagi, dalam Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1992) tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah termasuklah kumpulan istilah yang dihasilkannya.

Peristilahan merupakan bidang linguistik praktis  yang menerapkan  Teori Umum Peristilahan (TUP) dalam melaksanakan tugas pembinaan istilah. Teori ini dikembangkan oleh Professor  Dr. Eugen Wuster, Vienna. Manakala teori yang lebih khusus, Gumperz (1908) telah memperkenalkan model dari segi tiga teori peristilahan iaitu konsep, simbol dan objek. Teori ini kemudiannya disesuaikan  lagi oleh Wuster (1931) dengan Teori Ferdinand de Saussure yang menyatakan empat perkara, iaitu lambang, bahasa lisan/tulisan, makna,  dan objek.

    Namun begitu, beberapa istilah telah dapat bertahan sampai sekarang seperti stesen, kimia, dan sains. Terdapat beberapa istilah waktu itu sudah dipinda oleh sebab tidak dapat mendukung konsep asalnya. Contohnya ilmu jiwa, kajirumpun bangsa, ilmu hisab dan kajibentuk bumi. Istilah yang dipakai sekarang ialah psikologi, ethnologi, matematik dan geomorfologi.

0 comment... add one now