Pendidikan Seni Visual bukanlah setakat memberi pengajaran dan pembelajaran untuk menghasilkan karya-karya seni tetapi meliputi aspek-spek kehidupan manusia seharian. Pendidikan Seni Visual merupakan antara salah satu subjek yang wajib diajar di peringkat menengah rendah bermula dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga walaupun subjek ini bukanlah subjek peperiksaan di peringkat Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Bermula dari Tingkatan Empat hinggalah Tingkatan Lima para pelajar boleh memilih subjek ini sebagai subjek elektif sehinggalah mereka menduduki peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia. Bagi pelajar Tingkatan Enam juga diberi peluang untuk memilih subjek ini sebagai subjek peperiksaaan Sijil Tinggi Persekolahan.
Penekanan pelajaran Pendidikan Seni Visual ini adalah untuk membolehkan pelajar mempertingkatkan kebolehan mengolah teknik dan proses secara lebih sistematik supaya dapat menghasilkan kerja seni yang lebih kreatif dan bermakna. Pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di peringkat menengah rendah seringkali menemui pelbagai masalah lantaran tidak semua guru yang mengajar subjek berkenaan adalah guru opsyen Pendidikan Seni Visual. Lantaran itu proses penilaian juga tidak secara langsung berhadapan dengan pelbagai masalah dalaman yang perlu ditangani dengan bijak agar amalan penilaian yang dilaksanakan bertepatan dengan kehendak kurikulum.Terdapat pelbagai pendekatan yang dijadikan panduan sebagai amalan melaksanakan proses penilaian Pendidikan Seni Visual.
Dalam tulisan ini akan difokuskan sebagai contoh amalan penilaian yang dilaksanakan di salah sebuah sekolah menengah di daerah Hilir Perak semasa melaksanakan proses penilaian dalam Pperiksaan Akhir Tahun 2007 Pendidikan Seni Visual untuk pelajar Tingkatan Dua.
PENILAIAN – SATU DEFINISI
Mok Soon Sang (2003) telah mentakrifkan penilaian sebagai proses menentukan, mendapatkan, dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Dalam konteks pendidikan penilaian boleh ditakrifkan sebagai suatu sistem atau proses meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan (Mok Soon Sang, 2003).
Daripada kedua-dua definisi ini dapat dilihat akan pentingnya penilaian dilaksanakan oleh mereka yang terlibat agar tindakan seterusnya yang sepatutnya diambil boleh direncanakan dengan lebih mantap dan secara bersepadu.
Assessment – It is the process whereby one attempts to measure the quality and quantity of learning and teaching using various assessment techniques
( Advanced Learner’s Dictionary Of Education, 2000)
Penilaian adalah untuk mengukur samada berjaya atau tidak pembaharuan pendidikan yang dibuat dan memainkan peranan sebagai agen perubahan secara menyeluruh untuk pendidikan (Beattie, 1997).
PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH – PANDUAN AMALAN PENILAIAN
Di sekolah rendah atau menengah proses penilaian yang dijalankan sebaik-baiknya merujuk kepada buku panduan Penilaian Kendalian Sekolah (PKS) yang telah dikeluarkan oleh bahagian Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. Namun demikian kadangkala terdapat sesetengah sekolah tidak memberi pendedahan kepada guru-guru tentang buku panduan ini yang menyebabkan para pendidik seakan-akan hilang hala tuju dalam melaksanakan penilaian di peringkat sekolah. Dengan bermatlamatkan untuk membantu guru semasa menjalankan penilaian peringkat sekolah. buku panduan ini juga memberi pendedahan kepada guru tentang konsep, kaedah, ciri-ciri, dan keperluan melaksanakan PKS serta cara mengaplikasikannya dalam bilik darjah.
Penilaian yang dirancang oleh guru di peringkat sekolah dikenali sebagai PKS di mana guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrument penilaian, melaksanakan penilaian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat, melapor dan membuat tindakan susulan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Ini semuanya dilakukan dengan bersandarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menuntut perkembangan potensi individu secara menyeluruh. Maka dengan itu peranan guru amat penting bagi memastikan penilaian di sekolah memberi penekanan kepada konsep penilaian berterusan terhadap perkembangan bagi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Melalui PKS guru dapat membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan murid dari semasa ke semasa dan mendapat peluang memperbaiki kesilapaan serta kelemahan para pelajar.
PENILAIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL DI SEKOLAH MENENGAH
Perlunya penilaian Pendidikan Seni Visual adalah untuk memperlihatkan kepada para pendidik Pendidikan Seni Visual, para pelajar serta keluarga akan kemajuan dan perkembangan pelajar setelah melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Selain dari itu hasil penilaian juga boleh dijadikan kayu ukur untuk menilai semula keberkesanan kurikulum yang telah diaplikasikan pada masa tersebut. Kurikulum Pendidikan Seni Visual perlu mengalami perubahan sejajar dengan perubahan kehendak semasa dunia pendidikan yang bertunjangkan dunia tanpa sempadan sekarang ini. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran amat ketara dan penting untuk memenuhi keperluan produk yang dilahirkan. Para pelajar yang keluar dari sekolah akan dapat menghadapi cabaran dunia luar dengan dapat bersaing dalam pasaran pekerjaaan terutama dalam bidang seni (Abdul Halim, 2004). Lantaran itu pendekatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual akan meluaskan sumber-sumber maklumat yang berkaitan dengan seni.
Hal yang demikian untuk mengukur pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual merupakan salah satu tujuan penilaian dilaksanakan samada dalam bentuk penilaian formatif atau penilaian sumatif. Mengimbas kembali, jenis penilaian formatif adalah dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Penilaian ini juga berfungsi sebagai untuk melihat pembelajaran yang berlaku secara eksplisit di kalangan pelajar yang berkaitan dengan afektif dan psikomotor.
Penilaian sumatif pula dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun yang bertujuan untuk mengukur keupayaan para pelajar menerima dan menghayati ilmu yang berkaitan dengan kognitif pelajar. Umum mengetahui bahawa subjek Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah bertujuan melahirkan warganegara yang berbudaya khususnya yang berimaginatif, kreatif, berpengetahuan dan peka terhadap ciri-ciri estetika (Mazlan, 1996). Oleh itu bagi melahirkan warganegara yang sebegini proses pengajaran dan pembelajaran dari peringkat awal hingga peringkat penilaian perlulah dilaksanakan dengan mantap oleh para pendidik Pendidikan Seni Visual. Peranan guru Pendidikan Seni Visual tidak boleh lari daripada mengetahui cara-cara untuk meningkatkan keupayaan pelajar-pelajarnya dalam menilai dan memahami serta menghargai seni yang terdapat di sekitar masyarakatnya (Iberahim, 2000).
Secara tradisional, penilaian masih lagi difikirkan sebagai satu proses yang dilaksanakan di akhir proses pembelajaran tetapi konteks untuk penilaian yang lebih bersifat kontemporari adalah sebahagian daripada keseluruhan proses melaksanakan seni itu sendiri (http://www.nysed.gov). Penilaian adalah secara formatif kerana ia menyumbangkan kepada pembelajaran pelajar dan boleh dilihat sebagai satu yang amat penting untuk melengkapkan keseluruhan proses pembelajaran.