Konsep Audio ? ( Nota Lengkap )


Seorang guru perlu tahu apa yang dimaksudkan dengan audio , kerana ia merupakan satu rangsangan dimana dapat membantu peningkatan dalam PdP . Mari sama-sama kita memahami apa yang dimaksudkan dengan audio .

AUDIO

Kesan bunyi memainkan peranan pening dalam teknologi multimedia pada hari ini. Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk membolehkan komputer mengeluarkan suara manusia. Antaranya ialah dengan menggunakan kad suara atau menggunakan pembesar suara bina dalam yang telah sedia ada pada setiap komputer. Format yang menyokong suara adalah .wav, .voc. , snd. .aud. dan sebagainya. Menyediakan amaran atau wujudnya masalah dan biasanya sebagai maklumat tambahan. Berfungsi sebagai pemberi amaran terhadap kesilapan atau kewujudan masalah. Menghasilkan mood kepada pengguna melalui muzik. Menarik perhatian melalui kesan-kesan bunyi. Bunyi menghapuskan perasaan janggal dan seolah-olah pengguna sedang berkomunikasi dengan manusia lain dan bukan dengan mesin.

PENGENALAN

    Media audio adalah satu sistem untuk mengirim atau menerima suara atau bunyi secara elektronik menerusi kabel atau udara. Media audio bersifat auditif (suara).  Unsur suara ini memiliki komponen bahasa, musik, dan sound effect yang dapat dikombinasikan untuk menguatkan isi pesan.  Beberapa jenis media yang dapat dikelompokkan dalam media audio:
  • radio
  • kaset audio (pita magnetik dan piringan hitam), 
  • laboratorium bahasa.

Audio yang digunakan mungkin berbentuk secara langsung atau rakaman yang boleh disiarkan secara terbuka (system siaraya) atau secara tertutup. Media audio mungkin terdiri daripada perkara berikut, iaitu;
  • Satu sumber bunyi / suara
  • Satu alat peka bunyi
  • Satu system pengiriman audio
  • Satu system pengiriman radio.

Media audio adalah komunikasi sehala. Bagi mengatasi masalah ini dalam keadaan tertentu, program audio boleh digabungkan dengan bahan-bahan bercetak atau teknik perbincangan atau perbentangan yertas dalam kelas. Jika komunikasi dua hala diperlukan, media audio dua hala seperti telefon atau pembaca kad magnetik (rakaman sementara) boleh digunakan. 

AUDIO DALAM PENDIDIKAN

Audio merupakan salah satu media yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan juga pembelajaran. Pada peringkat awalnya, ia sering digunakan dalam bidang bahasa terutamanya bagi mengajar seseorang cara debutan yang betul dan sebagainya. Kebanyakan media berunsurkan audio pula hádala berasaskan teknologi analog seperti pita dan sebagainya. Kini audio boleh digunakan dalam apa jua bidang ilmu dan dengan kecanggihan teknologi moden, audio semakin penting sebagai salah satu eleven dalam proses pendidikan.

Sejak lahirnya teknologi audio sekitar pertengahan abad 20, media audio telah digunakan untuk keperluan pembelajaran.  Menurut Ronald H. Anderson (1994) media audio merupakan bahan ajaran yang ekonomis, menyenangkan, dan mudah disiapkan untuk digunakan oleh siswa. 

Media audio mempunyai beberapa kelebihan antaranya ialah:
  • Merupakan kaedah penyampaian pengajarandan pembelajaran yang mudah dan berkesan Bahan untuk peralatan audio mudah diperolehi dan dihasilkan serta mudah digunakan oleh murid dan guru.
  • Bahan audio boleh digunakan untuk kumpulan atau individu dengan mudah
  • Bahan audio memberi gambaran visual dengan lebih berkesan berbanding menerusi pembacaan.
Namun media ini juga memiliki kelemahan, diantaranya:
  • Cenderung menurun kualitas suaranya dengan pemakaian (usang)
  • Perlu ruang kedap suara dan peralatan editing untuk mempersiapkannya
  • Jalannya program tidak dapat dikontrol pemakai (R. Raharjo, 1984). 
  • Kaedah persembahan daripada peralatan audio terhad kepada urutan rancangan yang dirakamkan.
  • Memerlukan jangka masa yang lama untuk menghasilkannya
KONSEP AUDIO DAN GELOMBANG AUDIO

Kita boleh mengandaikan bahawa sesuatu tekanan udara mewakili kepadatan (density) molekul udara tersebut. Apabila sesuatu objek bergerak, ia akan mengganggu susun atur molekul-molekul udara tersebut dan ini akan menyebabkan kepadatannya turut berubah. Seterusnya ini akan menyebabkan lain-lain molekul udara turut berubah sama. Semasa kita mendengar sesuatu, sebenarnya kita sedang merasai perubahan tekanan udara disekeliling telinga kita. 

Perubahan ini seterusnya akan diterima oleh gegendang telinga yang kemudiannya diterjemahkan sebagai signal bunyi oleh otak kita. Sekiranya  perubahan tekanan udara ini digrafkan sebagai fungsi masa, kita akan dapati graf gelombang seperti berikut;

Ketika tiada gelombang bunyi yang wujud, tekanan udara adalah tetap (constant). Apabila gelombang bunyi tiba ke gegendang relinga anda, tekanan udara akan berubah ke paras yang lebih tinggi ataupun kepada paras yang lebih rendah dari paras tekanan atmosfera yang normal. Nilai perubahan ini akan diterima sebagai kekuatan bunyi (volume) sesuatu audio yang diterima. Kekuatan bunyi ini yang dikenali sebagai amplitud dan serng diukur dalam unit decibels (dB). Kadar perubahan tekanan udara tersebut dinamakan pitch. Dalam istilah saintifik, pitch adalah berkaitan dengan frekuensi gelombang bunyi tersebut. 

Ringkasnya, audio atau bunyi disebarkan oleh getaran molekul atau jirim udara disekeliling kita. Getaran ini kemudiannya dikenali sebagai gelombang bunyi. Gelombang bunyi ini diwakili oleh corak seperti rajah di bawah. Ianya dikenali sebagai wave pattern (gelombang analog ).

PENGGUNAAN AUDIO SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

Sesuatu alat bantu mengajar seharusnya mampu menimbulkan penumpuan dan pemerhatian pelajar kepada sesuatu proses pembelajaran. Justeru itu, penggunaan bahan audio serta gabungan media-media lain seperti video misalnya dapat menunjukkan kepada pelajar keadaan sebenar dalam situasi tertentu. Ini adalah kerana kebanyakan bahan audio adalah lebih efektif yang boleh menarik minat pelajar.

Terdapat beberapa kebaikan penyampaian bahan pengajaran melalui pita audio. Di antaranya adalah:-
  • Sesuai digunakan bagi penuntut yang kurang cekap membaca.
  • Bahan-bahan berbentuk audio dapat disusun dan disunting melalui proses penyuntingan.
  • Peralatan yang kecil dan mudah alih.
  • Bunyi yang asli dapat dirakamkan bagi menunjukkan sesuatu situasi. Mudah dipadam dan digunakan semula.
  • Penggunaan masa masa yang flexible di mana penyampaian dapat disampaikan mengikut kadar masa tertentu.
  • Boleh dijalankan secara berulang-ulang bagi meningkatkan kefahaman pelajar.

Kelemahan sekiranya menggunakan pita audio sebagai bahan pengajaran. Di antaranya adalah:-
  • Faktor pengalaman dan sentuhan sebenar tidak terdapat dalam pita audio.
  • Gangguan daripada bunyi luar yang akan mengganggu minat pelajar semasa proses pengajaran.
  • Sekiranya pita audio telah dimainkan, ianya telah ditentukan kadar masa. Kadar masa yang telah digunakan tidak boleh diubah.
  • Kurangnya unsur interaktiviti antara pengguna dan mesin. 

semoga ilmu yang diberikan ini bermanfaat untuk semua 

0 comment... add one now