Kemahiran Betutur ( Nora Ringkas )


Konsep Bertutur

Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks. Semasa bertutur, seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosodi (intonasi, tekanan sebutan dan jeda) dan para linguistik (bagi bahasa isyarat dan pergerakan badan). Walau bagaimanapun, selain menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna, proses bertutur juga melibatkan proses mental: memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan memberi gerak balas tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi. Penutur yang baik akan mengkoordinasi keupayaan mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosidi dan melaksanakan proses mental – mendengar dan membaca secara berkesan.

Pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. Misalkan bunyi-bunyi, /b/, /a/, /t/, /u/ digabungkan menghasilkan bunyi [batu]; Pertuturan berlaku di peringkat produksi, yakni setelah penutur dapat mendengar

dan memahami dengan baik apa-apa yang didengarinya. Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan otaknya. Aspek fizikal, kesihatan, kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahap. sosioekonomi boleh mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak; dan  Kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai dengan memberi perhatian kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasan aspek bunyi yang lain.

Aspek-aspek pertuturan terdiri daripada sebutan.Dalam aspek sebutan murid-murid diajar mengenal dan membunyikan setiap huruf, suku kata, perkataan, frasa kata dan ayat. Dalam hal ini, murid-murid diajar menyebut dan membunyikan suku kata dan perkataan dengan jelas dan tepat mengikut kaedah bunyi, sebutan dan maknanya. Aspek ini penting, terutamanya

melibatkan perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi kaedah sebutan dan makna yang berlainan seperti semak, boleh dibunyikan sebagai /semak/ dan /sǝmak/ dan seumpamanya. Aspek seterusnya ialah aspek tekanan.Tekanan merujuk kepada cara dan bagaimana penutur menyebut dan memberi tekanan kepada sama ada suku kata, perkataan atau rangkai kata tertentu bagi tujuan menegaskan sama ada keras atau lembutnya sesuatu pengucapan;

Mora (panjang-pendek) juga merupakan salah satu aspek pertuturan.Mora atau panjang-pendek merupakan kadar (dalambahasa Arab disebut ‘harakat’), tidak begitu membezakan makna dalam bahasa Melayu; Jeda (persendian): Unsur ini merujuk kepada aspek persendian iaitu memisahkan elemen-elemen linguistik dalam perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam ayat, jeda digunakan sebagai hentian sementara yang boleh membezakan makna jika unsur inidigunakan. Misalnya ungkapan, ‘jangan tembak,’ jika tidak menggunakan jeda bermaksud larangan melepaskan tembakkan, sebaliknya jika jeda digunakan, ‘jangan/tembak,’ bermaksud menangguhkan seketika dan kemudiannya melepaskan tembakkan!.

Intonasi juga merupakan salah satu aspek pertuturan Intonasi merujuk kepada kedaan sama ada dilafazkan secara menurun atau menaik sesuatu. Intonasi dalam ayat sama ada menaik, menurun atau mendatar berbeza-beza mengikut jenis ayat. Misalnya, ayat tanya biasanya mempunyai intonasi menaik, manakala ayat penyata mempunyai intonasi menurun di hujung ayat. Nada pula merujuk kepada keadaan bunyi sama ada menaik atau menurun ketika sesuatu perkataan itu disebut. Dalam muzik misalnya terdapat lapan nada: Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti dan Do  iaitu setiap nada mewakili satu suku kata. Pun demikian dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik berbanding dengan bahasa Cina, kewujudannya lebih jelas.

Aspek tatabahasa merujuk kepada aturan, formula, kaedah dan tatacara menentukan hukum dalam berbahasa iaitu  meliputi bidang fonologi, sintaksis dan semantik. Aspek tatabahasa dalam pertuturan kerap kali tidak diberatkan berbanding dalam aktiviti penulisan. Walau bagaimanapun untuk memperoleh kebiasaan yang baik dan kesan yang mendalam dalam pengucapan, aspek tatabahasa perlu diguna pakai sebaik-baiknya.

Aspek kelancaran pula menegaskan perihal dan keupayaan murid bertutur dengan baik, teratur dan kemas tanpa gangguan/tersekat. Ini banyak dipengaruhi dan ditentukan oleh tahap penguasaan dan kecekapan berbahasa dalam kalangan murid-murid. Seterusnya  aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid boleh bertutur dengan baik, lancar dan berkesan, sebaliknya boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dalam ayat dengan jelas, betul dan betul.

Laras bahasa juga merupakan salah satu aspek pertuturan yang penting. Laras bahasa dalam konteks ini menegaskan kemahiran muridmurid menggunakan bahasa dalam konteks yang situasi, keadaan dan disiplin ilmu berlainan. Ini penting  bagi tujuan mempastikan murid-murid boleh berkomunikasisecara berkesan.

Objektif bertutur
Kemahiran bertutur, antara lain membolehkan seseorang murid pertamanya menyebut dengan jelas setelah itu menyampai atau melahirkan pendapat peribadi dan melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat. Seterusnya, dapat  memberi penerangan dan alas an. Selain itu objektif bertutur adalah untuk menunjuk arah, membina soalan untuk mencari maklumat; bertemu ramah dan bertukar-tukar pendapat dan maklumat. Di samping it,objektif  bertutur adalah melatih  bertutur secara bertatasusila; dan bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi
 

0 comment... add one now