- Bahan Ilmiah
- Kajian
- Rencana
- Kertas kerja
Contoh : Kertas Kerja
- Prof. Dr. Syed Hussein Alatas (1967) dalam kertas kerja beliau bertajuk Islam dan kebudayaan Melayu menyatakan :
- Terdapat perpaduan antara Islam dan kebudayaan Melayu contohnya amalan bergotong-royong,berbudi bahasa, sopan santun, menghormati ibu bapa, menghormati hak jirandansebagainya.
- Terdapat hubungan yang neutral, tidak bertentangan dengan norma masyarakat tetapi tidak dianjurkan oleh Islam contohnya upacara persandingan, adat istiadat melayu, pantang larang dan sebagainya.
- Hubungan yang bertentangan dengan Islam. Sebagai contoh sikap taat buta kepada raja yang tidak patuh kepada ajaran Islam.(Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah)
2. Media Komunikasi
- Filem
- Video
- Filem Melayu Klasik
- Bidang Politik
- Golongan pemerintah dan golongan rakyat ( Hang Tuah)
- Raja berkuasa mutlak dan berhak menghukum sesiapa sahaja. (Hang Tuah, Nujum Pak Belalang)
- Sistem kekeluargaan yang rapuh, anak sulung lebih berhak mendapat harta yang lebih berbanding anak bongsu. ( Tiga Abdul)
- B. Bidang Sosial
- Mahir dalam ilmu seni mempertahankan diri . (Hang Tuah)
- Kepercayaan terhadap perkara-perkara tahyul. (Laksamana Do Re Mi)
- Tahap pendidikan yang rendah. (Pendekar Bujang Lapok)
- Pakaian. (Tengkolok, keris, songket, kebaya tradisional)
Bidang Ekonomi
Masyarakat Melayu rata-ratanya digambarkan sebagai petani, nelayan dan peniaga
Filem Melayu Moden
- Kurang menonjolkan budaya Kemelayuan berbanding filem Melayu klasik. Menerima pengaruh dari luar khususnya barat. Contoh: Gila-gila Remaja, Revolusi KL Drift.
- Sistem pendidikan yang telah maju. Rata-rata ahli masyarakat mempunyai kerjaya tersendiri.
- Masih berpegang kepada kepercayaan tahyul. Contoh: Khurafat, Jangan Pandang Belakang.
- Penggunaan bahasa pasar yang kian meluas. Elemen sastera tidak lagi disisipkan.
- Seni Tarian, Muzik menerima pengaruh daripada luar khususnya barat.
- Semangat kejiranan: Zombie Kg Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Estet.
Media Komunikasi.
- Rakaman Drama Radio
- Drama yang dimainkan di stesen - stesen radio. Contohnya, Klasik fm. Melaka fm.
- Kategori drama radio :
- - Panggung Drama (30 minit)
- - Drama Khas (30 minit)
- - Drama Bersiri (12 episod)
- - Sketsa (5 minit)
Rakaman Drama Televisyen
- Drama yang disiarkan di stesen televisyen RTM, TV3, Astro dan sebagainya.
- Contoh, slot Akasia TV3 bertajuk “Sebenarnya Saya Isteri Dia” - menggunakan daun senduduk sebagai alat untuk menghentikan peredaran darah, perkahwinan ( bersanding)